|
Edited by sixret at 26-9-2024 08:33 PM
Assalamualaikum. Maaf ya jika berita ini sudah tersiar di forum cari. Ketika ada waktu yang kurang sibuk ni dapatlah saya masuk forum cari. Semoga kenalan forum baik-baik sahaja hendaknya ya. Amin.
Kredit Sinar Harian
YAYASAN Nurjiwa milik penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengambil inisiatif berkongsi rezeki dengan membawa beberapa penggiat seni tanah air mengerjakan umrah.
Menerusi satu video di medium TikTok, kelihatan beberapa pelakon veteran yang terpilih seperti Imuda, Razak Ahmad, Zur Eda dan Rosnah Johari.
Difahamkan rombongan yang berangkat pada 27 April lalu bersama Siti merupakan kerjasama antara yayasan berkenaan dengan syarikat Jay Ibrahim Al Islam.
Dalam perkongsiannya baru-baru ini, Siti mengakui, peluang mengerjakan umrah adalah impian setiap umat Islam.
Justeru, pihaknya dan suami sangat berbesar hati dapat membantu merealisasikan hasrat terpendam segelintir penggiat seni tersebut.
"Menjadi tetamu ALLAH di Makkah menjadi impian setiap daripada kita selaku umat muslim. Namun, tidak semua orang dapat peluang ke sana jika belum sampai ‘serunya’, termasuk mempunyai kewangan yang cukup.
“Impian berkongsi rezeki ini sebenarnya tidak dirancang. Ia datang daripada ALLAH. Suami buat keputusan spontan dan minta saya mengajak rakan artis yang memerlukan serta sudah lama berhasrat ingin mengerjakan umrah, namun mereka mungkin berhadapan kekangan kewangan.
“Jadi, kami berikan peluang rezeki ini kepada penggiat seni senior yang mungkin kurang sihat, namun ada keinginan mereka ke Tanah Suci untuk umrah, sekali gus menjadi tetamu ALLAH,” katanya seperti yang dilaporkan oleh sebuah portal media. - SinarPlus |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|