CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37458|Reply: 0

[Perlis] Populasi anjing liar di sempadan jadi punca penularan penyakit anjing gila di Sarawak

[Copy link]
Post time 26-9-2024 07:57 PM | Show all posts |Read mode
Populasi anjing liar di sempadan jadi punca penularan penyakit anjing gila di Sarawak


Aizat Sharif[email protected]






Mohd Shukri Ramli (dua kiri) diiringi Dr Akma Ngah Hamid (dua kanan) dan Dr Zawida Zahari (kanan) merasmikan Program Hari Kesedaran Rabies Peringkat Negeri Perlis di JPV Kangar. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR





Kangar: Populasi anjing liar yang berada di hutan kawasan sempadan Malaysia-Indonesia di Sarawak menjadi punca antara penularan rabies atau penyakit anjing gila masih terus berlaku di negeri itu sehingga kini.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Dr Akma Ngah Hamid berkata, anjing ini lazimnya tidak bertuan dan bebas bergerak antara kedua-dua negara tanpa halangan.

Menurutnya, ada anjing liar dari negara jiran yang mempunyai simpton penyakit itu menyerang anjing peliharaan di negara ini terutama di Sarawak sehingga menyebabkan ia dijangkiti penyakit berkenaan.

"Secara amnya, kita merekodkan 74 kematian membabitkan manusia yang didapati dijangkiti penyakit anjing gila atau rabies di Sarawak sejak 2017 dan tahun ini sahaja enam kematian direkodkan sehingga kini.

"Ini berbeza dengan Semenanjung kerana tiada kes seumpama ini direkodkan lebih-lebih lagi di negeri yang bersempadanan darat dengan Thailand seperti Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan.

"Ini disebabkan program vaksinasi terhadap anjing yang dilaksanakan," katanya.

Dr Akma Ngah berkata di Semenanjung tiada kes penyakit anjing gila, namun seperti di Perlis, ia berada dalam lingkaran imun.

"Ia dimana kita tetap menjalankan langkah pemvaksinan terhadap haiwan seperti anjing ini dalam lingkungan 50 kilometer hingga 80 kilometer dari kawasan sempadan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri perasmian Program Hari Kesedaran Rabies Peringkat Perlis di JPV Negeri Perlis, di Pejabat JPV Perlis, di sini hari ini yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Katanya, Malaysia sudah pun diisytiharkan bebas Penyakit Anjing Gila oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) pada 2013 namun wabak ini melanda negara pada 2015 apabila terdapat penemuan kes positif penyakit ini ditemui di kawasan sempadan antaranya Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

"Oleh hal demikian, kita menggalakkan pemilik haiwan seperti anjing atau kucing dapat mendapatkan vaksinasi atau suntikan pelalian anti rabies pada haiwan mereka terutama di kawasan lingkaran imun bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan penyakit ini kepada manusia," katanya.

Terdahulu, Dr Akma bersama Mohd Shukri turut meninjau pengendalian vaksinasi terhadap kucing yang dijalankan di pejabat berkenaan.

Pejabat JPV Negeri Perlis turut menyediakan perkhidmatan vaksinasi kepada anjing dan kucing, selain pemeriksaan kesihatan kepada haiwan lain.

Turut hadir adalah Exco Pertanian, Perladangan dan Industri Makanan Negeri Perlis, Razali Saad dan Pengarah JPV Perlis, Dr Zawida Zahari.



Disiarkan pada: September 26, 2024 @ 6:31pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1138013/populasi-anjing-liar-di-sempadan-jadi-punca-penularan-penyakit-anjing-gila





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.039539 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list