CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 37531|Reply: 0

[Kedah] Banjir di Kedah semakin pulih, 7 PPS di Kota Setar ditutup sepenuhnya

[Copy link]
Post time 26-9-2024 06:14 PM | Show all posts |Read mode
Banjir di Kedah semakin pulih, 7 PPS di Kota Setar ditutup sepenuhnya


Oleh BERNAMA - September 26, 2024 @ 5:01pm






Penduduk di Kampung Padang Luar membersihkan perkakasan rumah selepas dibenarkan pulang. - Foto WAN NABIL NASIR




ALOR SETAR: Tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Setar ditutup secara berperingkat hari ini sekali gus menjadikan jumlah mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 888 orang setakat 4 petang, berbanding 1,885 orang, pagi tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa terdiri daripada 252 keluarga itu masih ditempatkan di 11 PPS di Pendang dan Pokok Sena.

Di Pendang, 857 orang daripada 240 keluarga berada di 10 PPS iaitu Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang, SMK Tanah Merah, SMK Tunku Temenggung, SMK Ayer Puteh Dalam, Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Ibrahim, SK Tanah Merah, SK Haji Mohamad Ariff, SK Ayer Puteh dan Sekolah Model Khas Bukit Jenun.

Di Pokok Sena, 31 orang daripada 12 keluarga ditempatkan di PPS SK Tualang.

Berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat jam 4 petang, paras air Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar mencatat 1.53 meter melebihi tahap waspada 1.5 meter. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1303257/banjir-di-kedah-semakin-pulih-7-pps-di-kota-setar-ditutup-sepenuhnya






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.040089 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list