CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36867|Reply: 0

[Kedah] Nestle sumbang RM2 juta kepada PBSM bantu mangsa banjir

[Copy link]
Post time 26-9-2024 06:10 PM | Show all posts |Read mode
Nestle sumbang RM2 juta kepada PBSM bantu mangsa banjir


Oleh Noorazura Abdul Rahman - September 26, 2024 @ 5:33pm [email protected]







Nestle Malaysia bekerjasama dengan PBSM bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kedah.





ALOR SETAR: Nestlé Malaysia menyalurkan peruntukan RM2 juta kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) bagi membantu mangsa banjir di seluruh negara terutama di Kedah.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols, berkata kerjasama erat bersama PBSM dijalinkan bagi membolehkan pihaknya dapat bertindak segera menghantar bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir termasuk persediaan untuk menghadapi fasa peralihan monsun bermula kelmarin.

"Nestlé Malaysia dan sukarelawan PBSM sudah digerakkan ke lokasi untuk membantu dan mengagihkan kotak makanan yang mengandungi produk-produk Nestlé seperti MILO, MAGGI, KOKO KRUNCH, dan NESTLÉ OMEGA PLUS di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kedah.

"Inisiatif tahunan ini bermula di Kedah dengan lebih 8,000 orang ditempatkan di PPS akibat banjir besar yang melanda baru-baru ini. Kami sedia memberikan sokongan dan membantu rakyat Malaysia yang sedang menghadapi saat sukar dan mencabar akibat bencana banjir," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Nestlé Malaysia akan memberi komitmen berterusan sejajar dengan misi Nestlé untuk memberikan sumbangan positif kepada masyarakat Malaysia menerusi pelbagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) syarikat.

Sementara itu, Pengerusi PBSM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berkata kerjasama kukuh bersama Nestlé Malaysia amat berharga dalam misi persatuan itu untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan.

Katanya, kerjasama itu akan meningkatkan keupayaan PBSM untuk menghulurkan bantuan yang tepat pada masanya dan amat berkesan dalam situasi kritikal seperti ini.

"Memandangkan kita mungkin menghadapi kesan banjir yang lebih meluas, sokongan berterusan ini sesungguhnya penting dalam usaha kami menyantuni penduduk yang terkesan di seluruh Malaysia," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1303283/nestle-sumbang-rm2-juta-kepada-pbsm-bantu-mangsa-banjir






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 11:47 AM GMT+8 , Processed in 0.038236 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list