CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 8843|Reply: 0

[Terengganu] JPNT nafi biar murid makan, minum di tengah panas

[Copy link]
Post time 26-9-2024 11:57 AM | Show all posts |Read mode
JPNT nafi biar murid makan, minum di tengah panas


Baharom Bakar[email protected]







SEBAHAGIAN murid sebuah sekolah rendah mengambil kesempatan untuk makan dan minum ketika sesi rehat di kawasan lapang. FOTO Baharom Bakar





Kuala Terengganu: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menafikan membiarkan murid sebuah sekolah rendah di daerah Kemaman untuk makan dan minum di tengah cuaca panas.

Pengarahnya Jelani Sulong berkata, suasana di kantin sekolah itu sebenarnya sangat kondusif dan mampu menampung murid untuk makan serta minum pada waktu rehat.

Menurutnya, pihaknya mengakui terdapat beberapa kanopi yang digunakan murid sebagai tempat berteduh rosak disebabkan dipukul ribut, Selasa lalu.

"Dakwaan murid makan dan minum pada sesi rehat di tengah panas seperti dimuat naik dalam media sosial Facebook (FB) adalah tidak berasas.

"Suasana kantin di sekolah itu sangat kondusif dan memang muat untuk semua murid sekolah makan dan minum pada sesi rehat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jelani berkata demikian ketika mengulas isu tular murid terpaksa makan dan minum di tengah panas berikutan kanopi rosak dipukul ribut.

Mengulas lanjut, Jelani berkata, semua kerosakan di kantin termasuk di dalam bilik darjah di sekolah itu sudah dibaiki JPNT.

"Kanopi berkenaan hanya untuk murid-murid berteduh secara santai dan bukannya untuk makan semasa rehat. Gambar dan berita yang dimuat naik melalui laman sosial itu tidak berasas," katanya.



Disiarkan pada: September 26, 2024 @ 11:43am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1137830/jpnt-nafi-biar-murid-makan-minum-di-tengah-panas





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 49787 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 5680 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31775 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19828 Replies : 7
Polis buka siasatan video lelaki baling kon di Plaza Tol LDP
ultra78Polis buka siasatan video lelaki baling
Views : 13931 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.070013 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list