View: 40196|Reply: 2
|
“Kirim Salam Lavida Coin..” – Caprice Pilih Untuk Abai Sahaja Nasihat Datuk Seri Vida
[Copy link]
|
|
Pensohor media sosial dan juga penyanyi, Caprice meminta pengikut media sosialnya untuk mengabaikan saja nasihat yang diberikan usahawan kosmetik Datuk Seri Vida terhadapnya tempoh hari.
Caprice juga sempat memberi nasihat kepada Vida untuk fokus mengenai isu Lavida Coin.
"Abaikan guys, kirim salam Lavida Coin sahaja dekat dia. Siapa yang ikut saya dari dulu tahu 99 peratus berita kami sebab ramai minta bantu ataupun mangsa sendiri minta tolong."
Menurutnya, kandungan media sosial yang dibuat sebelum ini adalah berkenaan kes-kes sensitif yang berlaku dalam negara dan hanya sedikit mengenai kisah keluarga dan jenaka.
Berikutan itu, Caprice seolah-olah memberi gambaran untuk tidak berhenti memberi kesedaran dan membongkar kisah-kisah serta isu semasa.
Sebelum ini, Datuk Seri Vida pernah terpalit dengan kes Lavida Coin di mana lebih 40 mangsa tampil menuntut ganti rugi sehingga RM59 juta.
Namun sehingga kini, kes tersebut masih disiasat.
Sumber : Oh Bulan
|
|
|
|
|
|
|
|
Jumpalah depan2. Bukan ajak2 followers abaikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kepris ni dah boleh anyone yg kena ngan heols to saman je heols for defamation. Sejenis gigih nak masuk campur masalah org, tak serik2. Semoga bertemu buku ngan ruaslah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|