CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9439|Reply: 0

[Perlis] Kontraktor dituduh bunuh bekas pelumba negara, Elly Idzlianizar

[Copy link]
Post time 23-9-2024 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Kontraktor dituduh bunuh bekas pelumba negara, Elly Idzlianizar


Oleh Aizat Sharif - September 23, 2024 @ 12:13pm[email protected]





Tertuduh, Ibrahim Johan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar atas tuduhan membunuh bekas pelumba Moto3 dan Cub Prix negara, Elly Idzlianizar Ilias (gambar kecil). - Foto NSTP/Luqman Hakim Zubir





KANGAR: Seorang kontraktor berdepan hukuman mati atau penjara dan sebatan selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas kesalahan membunuh bekas pelumba motosikal negara, Elly Idzlianizar Ilias di Kangar pada 10 September lalu.

Tertuduh, Ibrahim Johan, 51 yang berkemeja T berwarna kelabu dan seluar panjang berwarna merah hanya menjawab faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.

Ibrahim bagaimanapun tidak dapat mengingati nombor kad pengenalannya sehingga terpaksa dibacakan oleh polis mahkamah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Ibrahim didakwa membunuh Elly Idzlianizar Ilias, 40, pada 10 September lalu sekitar jam 10.30 malam hingga 12.01 tengah malam pada 11 September lalu.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di simpang tiga, Taman Behor Gonchar Jaya, Kangar.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan tidak kurang 12 kali sebatan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dilaksanakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Negeri Perlis, Nabilah Ahmad Po'ad manakala tertuduh diwakili peguam, Tan Yeng Sing.

Nabilah meminta mahkamah menetapkan satu tarikh yang sesuai untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan forensik, bedah siasat dan kimia selain meminta mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin dikeluarkan disebabkan kes berkenaan tidak boleh diikat jamin.

Dalam masa yang sama, Yeng Sing tetap mahu mahkamah sekurang-kurangnya memberikan satu jaminan kepada anak guamnya memandangkan anak guamnya itu berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil.

Selain itu, katanya anak guamnya itu mempunyai masalah kesihatan iaitu kencing manis dan penyakit darah tinggi.

Mahkamah kemudian menetapkan tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Disember hadapan.

Sementara di luar mahkamah, Yeng Sing berkata, dua lagi suspek termasuk seorang lagi anak guamnya yang berusia 31 tahun dijadikan saksi pertuduhan dalam kes itu.

Terdahulu, suspek tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Kangar jam pagi, diiringi dan dikawal ketat oleh lebih 10 anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar.

Malah, perkarangan mahkamah juga turut dipenuhi ahli keluarga, sanak saudara dan kenalan Ibrahim selain kedua-dua isteri dan anaknya.

Pada 12 September lalu, polis mengesahkan kematian Elly Idzlianizar adalah disebabkan kecederaan parah akibat ditetak sehingga 12 tetakan selepas terbabit dengan pergaduhan di Kangar.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/09/1301884/kontraktor-dituduh-bunuh-bekas-pelumba-negara-elly-idzlianizar






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.476816 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list