CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34660|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tuduhan berkongsi ideologi dengan Chin Peng adalah fitnah - Lim Kit Siang

[Copy link]
Post time 4-9-2024 01:08 AM | Show all posts |Read mode
Tuduhan berkongsi ideologi dengan Chin Peng adalah fitnah - Lim Kit Siang


BERNAMA





LIM (empat, kanan) bersama anaknya Guan Eng (lima, kanan) dan Teresa (kiri) hadir ke Mahkamah Tinggi hari ini. FOTO Bernama




George Town: Ahli politik veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa tuduhan dia dan pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng berkongsi ideologi yang sama, adalah fitnah.

Lim berkata, reputasinya dirosakkan dengan dakwaan Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad bahawa dia mempunyai kaitan dengan Chin Peng dan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, yang menuduh dia ada kaitan dengan konspirasi untuk memusnahkan Malaysia.

Dalam soal balas di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Quay Chew Soon, peguam Siti Mastura Yusfarizal Yussoff memberitahu Lim, adalah perkara biasa bagi ahli politik mempunyai ideologi dan pandangan politik yang berbeza.

Lim bersetuju, bagaimanapun dia memberitahu tidak perlu membuat tuduhan berunsur fitnah.

Apabila Yusfarizal menyatakan bahawa ideologi politik PAS adalah untuk menegakkan Islam dalam sistem demokrasi, Lim menjawab bahawa "kita semua menegakkan Islam" dan dia tidak mempunyai masalah dengan PAS yang mahu memperkenalkan undang-undang Syariah, selagi ia berada dalam lingkungan Perlembagaan Persekutuan.

Ketika soal balas ketua peguamnya Datuk Sankara Nair, Lim berkata, beliau terkejut dan marah ketika mendengar dakwaan Siti Mastura terhadapnya buat pertama kali.

Lim berkata, kenyataan yang dibuat itu adalah secara melulu tanpa disokong oleh bukti.

Sementara itu, Lim Guan Eng saksi kedua hari ini berkata, beliau tersinggung dengan dakwaan Siti Mastura yang mendakwa keluarganya mempunyai kaitan dengan Chin Peng, kerana ia mempunyai implikasi yang besar.

Beliau juga berkata, kenyataan Siti Mastura itu adalah serangan serampang dua mata yang pertama, mengaitkan keluarganya dengan ideologi komunisme dan kedua membayangkan keluarganya mempunyai "agenda Cina".

"Kenyataan beliau berbahaya kerana PAS mempunyai ramai penyokong yang mungkin percaya dan mengulangi pembohongan ini," kata Guan Eng.

Lim, anaknya Guan Eng dan Teresa Kok memfailkan saman itu berhubung ucapan Siti Mastura pada ceramah politik semasa kempen Pilihan Raya Kecil Kemaman, mengaitkan mereka dengan mendiang pemimpin Parti Komunis Malaya serta Lee dari Singapura.

Perbicaraan yang dijadualkan selama enam hari itu diteruskan pada 17 September.



Disiarkan pada: September 3, 2024 @ 11:55pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1130180/tuduhan-berkongsi-ideologi-dengan-chin-peng-adalah-fitnah-lim-kit-siang





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.051803 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list