CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15430|Reply: 0

[Kedah] Kajian pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya sedang dimuktamadkan

[Copy link]
Post time 2-9-2024 02:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 2-9-2024 02:37 PM

Kajian pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya sedang dimuktamadkan

OlehROSLINDA HASHIM

02 September 2024 01:53pm




Ahmad Terrirudin (dua dari kanan) ketika melawat ruang pameran sambil beramah mesra dengan penduduk setempat.




SUNGAI PETANI - Kajian berkaitan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya sedang dimuktamadkan.

Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata, pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif dan Pasukan Petugas Khas Teknikal masih mengkaji beberapa aspek berkaitan sebelum menyediakan laporan berkenaan.



Menurutnya, bagaimanapun tidak dapat dipastikan jangka masa yang diperlukan bagi melengkapkan kajian berkenaan.

“Kajian empirikal di beberapa buah negara juga dijalankan bagi mengenal pasti model yang sesuai untuk negara kita.


"Prosesnya masih dalam kajian, saya rasa pasukan dari Jabatan Peguam Negara (AGC) turut serta dalam komuniti tersebut dan menjalankan kajian,” katanya ketika ditemui selepas Program Santuni Madani di Program Perumahan Rakyat (PPR) Paya Nahu di sini pada Isnin.

Ahmad Terrirudin berkata, kajian berkenaan diuruskan bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM).


"Mereka turut ke beberapa negara dalam proses memuktamadkan kajian tersebut, cuma jangka masa siapnya itu saya tak pasti,” jelasnya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan berkata, reformasi pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya adalah satu proses yang panjang.




Beliau berkata, sebagai negara yang mempunyai pelbagai undang-undang, kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk melakukan kajian menyeluruh dan mendalam supaya keputusan yang dibuat tidak berubah di kemudian hari.

Pada 9 Oktober lepas, Azalina memaklumkan, agenda pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya akan dilakukan secara berfasa selepas kerajaan mengambil kira kerumitan serta cabaran pelaksanaannya.

Menerusi fasa pertama, Pasukan Petugas Khas Kajian Komparatif sedang menjalankan kajian ke atas beberapa negara bagi meneliti dan merangka model paling sesuai dalam konteks Malaysia.

Fasa kedua pula membabitkan Pasukan Petugas Khas Teknikal akan meneliti secara komprehensif implikasi perundangan, perjawatan dan kewangan sebelum menyediakan Laporan Interim untuk pertimbangan Jemaah Menteri.

Fasa ketiga merangkumi sesi libat urus bersama dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak serta pihak berkepentingan termasuk agensi penguatkuasaan.

Dalam pada itu, Ahmad Terrirudin yang berasal dari Sungai Petani memaklumkan, program Santuni Madani diperkenalkan bagi mendedahkan komuniti setempat berkaitan bantuan dalam aspek guaman, pendidikan, sosial dan sebagainya.

“Saya pilih PPR Paya Nahu sebagai tempat melaksanakan program kerana pernah melawat ke sini ketika menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah, saya dapati perumahan ini memerlukan pelbagai bentuk bantuan,” ujarnya.

Menurutnya, program cetusan idea Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ini diharap dapat memanfaatkan penduduk secara berterusan.

"Perdana Menteri mahu semua ketua jabatan atau perkhidmatan kembali ke kampung halaman masing-masing untuk salurkan sumbangan.

“Perlu diberikan pendedahan berkaitan aspek-aspek tertentu dan kesannya termasuk kes melibatkan jenayah. Turut dibuka kaunter Jabatan Bantuan Guaman, serta pelbagai jabatan bawah Kerajaan Persekutuan dan negeri," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/683479/berita/nasional/kajian-pengasingan-kuasa-peguam-negara-pendakwa-raya-sedang-dimuktamadkan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.046655 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list