CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40890|Reply: 0

[Perlis] SejaTI MADANI: Siasat dakwaan ejen caj RM13,000 sediakan kertas kerja permohonan - Fathul

[Copy link]
Post time 1-9-2024 05:16 PM | Show all posts |Read mode
SejaTI MADANI: Siasat dakwaan ejen caj RM13,000 sediakan kertas kerja permohonan - Fathul


Aizat Sharif[email protected]







FATHUL (kanan) menyambut ketibaan peserta konvoi Kembara Merdeka 2024 KEMAS Parlimen Kangar. FOTO Aizat Sharif





Kangar: Kerajaan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) digesa menyiasat kewujudan pihak tidak bertanggungjawab mendakwa ejen dan mengenakan caj RM13,000 sebagai kos penyediaan kertas bagi permohonan peruntukan Program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi MADANI).

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, difahamkan perkara berkenaan berlaku di Perlis di mana ada wakil Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dan badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa sudah bersetuju untuk memberikan nilai berkenaan kepada ejen berkenaan.

"Dalam hal ini, saya difahamkan bahawa ejen ini akan mengenakan caj atau mengambil upah kos penyediaan kertas kerja serta memastikan peruntukan itu dapat cepat dan pantas di mana setiap permohonan dikenakan bayaran sebanyak RM13,000.

"Saya tidak mahu tuduh sesiapa tetapi saya mohon kerajaan dapat menyiasat keadaan ini kerana duit diberikan iaitu RM100,000 sepatutnya bukan untuk dibayar kepada ejen ini," katanya selepas mengakhiri Konvoi Kembara Merdeka KEMAS Parlimen Kangar bersama Anak Jati Perlis (JATI) 2024 di Kampung Salang, di sini, semalam.

"Untuk makluman, penerangan yang diberikan oleh ICU berhubung perkara ini sudah cukup jelas di mana ICU sendiri akan memberi panduan atau 'guide' (membimbing) pemohon sama ada dalam kalangan JPKKP atau NGO dan sebagainya untuk mengisi permohonan atau membuat kertas kerja dan lain, segalanya akan diberikan panduan.

"Jadi, saya tidak mahulah ada berlaku unsur tidak diingini serta tidak bertanggungjawab ini, hantar permohonan tetapi si pemohon tidak tahu pun apa (program) yang hendak dibuat, tidak faham apa yang mahu dibuat jadi kertas kerja disediakan oleh orang lain dengan bayaran RM13,000.

"Apa pelannya dan perancangannya, sepatutnya ia adalah untuk kepentingan komuniti kerana kita bekerja untuk komuniti bukan untuk masuk poket sendiri," katanya.

Program SejaTI MADANI adalah inisiatif baharu kerajaan perpaduan seperti yang dibentangkan pada Belanjawan 2024 tahun lalu bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian dana sehingga RM100,000 kepada komuniti yang layak.

Terdahulu, Fathul yang juga Ketua UMNO Bahagian Kangar menyaksikan ketibaan hampir 50 hingga 60 motosikal yang menjelajah sekitar Parlimen Kangar yang bermula dari Pejabat KEMAS Parlimen Kangar di Kuala Perlis dan melalui empat 'checkpoint' di Kampung Kuala di Kuala Perlis, Kampung Bangsal Lebah, Kayang, Kampung Wang Besar, Bintong dan Jalan Dato Wan Ahmad, Indera Kayangan sebelum mengakhiri kembara di Kampung Salang, Sena.



Disiarkan pada: September 1, 2024 @ 4:44pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/09/1129415/sejati-madani-siasat-dakwaan-ejen-caj-rm13000-sediakan-kertas-kerja





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.649056 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list