CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39570|Reply: 0

[Kedah] 'Isteri dan emak sudah nyawa-nyawa ikan ketika cuba diselamatkan'

[Copy link]
Post time 1-9-2024 04:47 PM | Show all posts |Read mode
'Isteri dan emak sudah nyawa-nyawa ikan ketika cuba diselamatkan'


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







MOHD Fadzil menunjukkan gambar isteri dan anak-anaknya. Gambar kecil isteri Siti Nurhasliza (atas) dan ibunya Omi Kalsom (bawah). FOTO Wan Nabil Nasir.





Sungai Petani: "Sejurus kemalangan berlaku, saya dapati anak bongsu, isteri dan emak 'hilang' dan saya cuba mencari mereka dalam kereta tetapi tiada.

"Ketika itu hanya anak sulung, Luth Mikhael, 3, berada di bahagian belakang kereta. Tidak lama kemudian, ada penduduk kampung datang membawa anak,Lufiya Mikhayla,2, sambil memberitahu isteri dan emak tercampak keluar dari kereta," kata Mohd Fadzil Othman, 27.,

Menurutnya, dia kemudian bergegas mendapatkan isterinya, Siti Norhasliza Kamarudin, 26, yang tercampak beberapa meter dari kereta yang ketika itu dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Katanya, dia juga sempat mengajar isterinya mengucap dua kalimah syahadah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya.

"Saya kemudian mendapatkan emak, Omi Kalsom Man, 69, yang ketika itu dalam keadaan sama, sangat nazak sebelum meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Haji Ngah, Bedong, di sini, hari ini.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku selepas mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang dari berkelah di Sungai Sedim sempena cuti umum Hari Kebangsaan, semalam.

Katanya, dia tidak merancang untuk bercuti di kawasan perkelahan itu dan isterinya turut mengajak dia pergi ke situ untuk membawa anak-anak serta ibunya.

"Kakak saya dan rakannya membawa keluarga ke sana dan sempat menikmati makan tengah hari bersama, isteri serta anak-anak kelihatan seronok sebelum kami pulang jam 4 petang," katanya.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian seekor binatang dipercayai kera melintas secara tiba-tiba menyebabkan dia cuba mengelak.

Katanya, dia memusingkan stereng kereta menyebabkan Toyota Vios dipandunya terbabas ke laluan bertentangan sebelum masuk ke dalam semak.

"Tak banyak perubahan yang berlaku pada emak dan isteri sebelum ini malah kami sempat berbual dalam kereta sebelum kemalangan berlaku dan sekelip mata saya kehilangan mereka.

"Saya hanya sakit di bahagian bahu kanan manakala Luth Mikhael tidak cedera dan Lufiya Mikhayla pula masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar akibat parah di kepala," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, dua beranak maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam dalam kemalangan dipercayai cuba mengelak kera melintas di Simpang Tiga Kuala Bakong, Jalan Malau- Kuala Ketil, semalam.

Dalam kejadian jam 6.12 petang itu, mangsa Siti Norhasliza Kamarudin dan ibu mentuanya, Omi Kalsom Man, 69, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.



Disiarkan pada: September 1, 2024 @ 4:07pm

https://www.hmetro.com.my/utama/2024/09/1129405/isteri-dan-emak-sudah-nyawa-nyawa-ikan-ketika-cuba-diselamatkan





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.046176 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list