CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 19418|Reply: 59

Berbual 44 minit, Ebit Lew minta buka baju – Pengadu

[Copy link]
Post time 29-8-2024 03:14 PM | Show all posts |Read mode





TENOM – Pengadu yang juga saksi kesembilan memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa perbuatan Ebit Lew meminta melayan nafsu seksualnya telah mengaibkan dia sebagai seorang perempuan.


Malah, Ebit turut memperdaya dan memaksa dia untuk menunjukkan bahagian badan, tetapi dia tidak mengikut semua kehendak Ebit.


Permintaan tersebut dibuat melalui perbualan antara pengadu dan Ebit semasa panggilan telefon selama 44 minit dan wanita itu mengakui berbual dengan Ebit sepanjang tempoh tersebut.


“Masa ini saya ingat dia (Ebit) cakap rindu dan ingin meminta saya melayan kehendak seks dia. Saya ada bercakap dengan dia, kalau rindu beritahu isteri, tapi dia cakap kalau kamu rindu, kamu mahu atau tidak cakap dengan suami kamu.


“Seperti biasa, dia beritahu tentang kemahuan seks dia. Bagi saya, dia mengaibkan saya sebagai seorang perempuan sebab minta saya layan nafsu seks dia. Selain itu, dia beri gambar kemaluan (lelaki),” katanya semasa sesi pemeriksaan balas.


Dalam keterangannya, pengadu memberitahu dia tidak membuka pakaian seperti diminta oleh Ebit sepanjang perbualan tersebut. Bagaimanapun, Ebit turut menceritakan tentang ketidakpuasan hatinya terhadap isteri menyebabkan perbualan tersebut menjadi lama.


Pengadu tidak bersetuju dengan soalan peguam, Datuk Ram Singh yang menyatakan pengadu berbual tentang seks dan tidak cuba menamatkan panggilan telefon berkenaan.


Katanya, dia membuat keputusan untuk mendengar sahaja apabila Ebit bercerita perihal seksual dan tidak rasa bersalah untuk mendengar apa yang diceritakan kerana pada ketika itu, dia rasa ingin tahu.


“Untuk panggilan itu saya setuju sebab saya ingin tahu kenapa Ebit Lew teks yang beratus-ratus WhatsApp lucah. Jadi, saya ingin tahu,” katanya.


Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew,38, berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021.


Perbicaraan dilakukan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria dan Analia Kamaruddin manakala, Ebit diwakili peguam Ram, Mohd. Syarulnizam Salleh Keruak, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut dan Prem Elmer Ganasan.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow...dewasayu tak puas dengan layanan seks bidadior kerrr..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes begini camna nak menang pompuan tu yah?

Iya memang hada unsur coercing tapi Bebird Lewd ni takda pun ugut/paksa tino tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 03:38 PM | Show all posts
50 shades of ebit lewd
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 03:40 PM | Show all posts
Yang perempuan tu pun.. sampai 44 minutes melayan. Kekdahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 03:46 PM | Show all posts
agaknya melayan2 dgn harapan dpt hadiah mewah. yela ebit kan kayaaa. tgk2 tak dpt apa, dpt video burung je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-8-2024 04:03 PM | Show all posts
rajin pulak melayan sampai 44 minit
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 04:08 PM | Show all posts
apa perasan bini dia dengar kenyataan suami dia ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 04:25 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 29-8-2024 03:23 PM
Kes begini camna nak menang pompuan tu yah?

Iya memang hada unsur coercing tapi Bebird Lewd ni takd ...

Aku rasa menang kalah tu tak penting dah.. yang penting diorang nak dedahkan perangan sebenar ebit ni aje..
Bagi awareness agar orang lain tak terkena mcm diaorang..
Tapi kalau tanye aku, kes ni mostly melibatkan phone call dengan message kan..
Pompuan2 tu tak reti nak letak telepon, ataupun block message mamat ni ke??
Aku bukan nak blame the so called victim.. tapi beringat yang we always have choices..
Apa yang ebit ada on them??
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
lamanya cakap sampai 44minit dengan orang sehuduh ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 04:32 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 29-8-2024 03:23 PM
Kes begini camna nak menang pompuan tu yah?

Iya memang hada unsur coercing tapi Bebird Lewd ni takd ...

tula smpai 44 menet syiok ke melayan..kita ni kalo call orang 5 menet pun dah terasa lama
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 04:33 PM | Show all posts
hokeypokey replied at 29-8-2024 04:30 PM
lamanya cakap sampai 44minit dengan orang sehuduh ni

sadisnya hahahahahahahhaaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 04:42 PM | Show all posts
perempuan tu kata dia nak dengar sebab


“Untuk panggilan itu saya setuju sebab saya ingin tahu kenapa Ebit Lew teks yang beratus-ratus WhatsApp lucah. Jadi, saya ingin tahu,” katanya.

maksudnye EL dah hantar beratus ratus whatsapp lucah ke dia so dia nak tau apa masalah EL ni buat cam tu.. then barulah dia tau sbb EL cerita kat dia  masa 44 minit tu.. ha gitulah kalau pemahaman ku
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
hokeypokey replied at 29-8-2024 04:30 PM
lamanya cakap sampai 44minit dengan orang sehuduh ni

Hahahaha tergelak i baca ni zissss
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 04:58 PM | Show all posts
mamaazim replied at 29-8-2024 04:42 PM
perempuan tu kata dia nak dengar sebab

iol phm yg sama
so, adakah susulan dpd 44 min di telefon (kesimpulan yg dia dpt after beratus2 WS) tu yg dia buat repot polis?



Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
hokeypokey replied at 29-8-2024 04:30 PM
lamanya cakap sampai 44minit dengan orang sehuduh ni


Lawak komen uol nie


Lamanya bebual dgn dewasayu  tok laki tak cari ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2024 05:03 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 29-8-2024 04:58 PM
iol phm yg sama
so, adakah susulan dpd 44 min di telefon (kesimpulan yg dia dpt after beratus2 WS) ...

mungkin dia buat report polis sbb EL masih mintak gambar tak senonoh n terus mengganggu dia dgn mesej2 yg berterusan..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 05:09 PM | Show all posts
mamaazim replied at 29-8-2024 04:42 PM
perempuan tu kata dia nak dengar sebab

iouls faham begini jua...perempuan tu lebih kepada nak tahu kenapa...
nak2 ebit ni ke selebriti....wajib la amik tahu sampai lubang cacing perangai hangsuang dia...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
tompie replied at 29-8-2024 08:25 AM
Aku rasa menang kalah tu tak penting dah.. yang penting diorang nak dedahkan perangan sebenar ebit ...


Itulah.

Paling fakap, pi hanto gamba nenen. Menda la kau! Mesti tino tu layan sexting, video sex juga dengan Bobbit tu. Tapi, nangis2 kat staz Firdaus Wong, acah terpaling victim? Kau layan Bebird Lewd tu, bagi tengok susu kau suma, sebab takut dia whoareyuskan kau if kau tak bagi apa dia mintak kan? Eeee.

Bebird Lewd tu memang lewd n cunning, tapi perlu ka kau stoop level dia juga?
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
IzzahF replied at 29-8-2024 08:32 AM
tula smpai 44 menet syiok ke melayan..kita ni kalo call orang 5 menet pun dah terasa lama

Dia pun syokkan Bebird tu rasanya. Ye la kan Bebird tu 'staz' selebritiiiiiii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:31 AM GMT+8 , Processed in 0.204552 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list