CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32938|Reply: 0

Lee Zii Jia Banggakan Malaysia, Kini Pemain No. 4 Dunia

[Copy link]
Post time 27-8-2024 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 27-8-2024 09:52 AM



Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terus mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia dengan kini menghuni ranking ke-4 dunia.


Menerusi kemas kini ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa menyaksikan Zii Jia mencatatkan kenaikan dua anak tangga dari kedudukan keenam dunia sebelum ini.
Meskipun tersingkir di pusingan awal Japan Open, Zii Jia masih mencatat peningkatan hasil persembahan positif di beberapa kejohanan terdahulu selain merangkul pingat gangsa di Olimpik Paris.

Pemain kelahiran Kedah ini mengumpul 83716 mata untuk memintas dua lagi pemain iaitu pemenang pingat perak Olimpik Paris, Kunlavut Vitidsarn dan Anders Antonsen dari Denmark.

Kejayaan ini menyaksikan Lee Zii Jia kembali ke kelompok 4 pemain terbaik dunia dengan kali terakhir juara Thailand Open ini berada di kedudukan ini adalah pada 23 April 2023.

Ranking pertama masih kekal milik jaguh China, Shi Yu Qi dan juara Olimpik, Viktor Axelsen tidak jauh di belakang di tempat ke-2 diekori rapat Jonatan Christie dari Indonesia.

Zii Jia kini sedang menjalani tempoh rehat dan pemulihan setelah berjuang hebat di temasya Olimpik Paris lalu dan dijangka turun beraksi semula apabila kembali cergas.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.039284 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list