CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11757|Reply: 1

[Pulau Pinang] Jumlah rebat akan dipapar pada bil air pengguna domestik bermula September

[Copy link]
Post time 27-8-2024 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 27-8-2024 02:27 PM

Jumlah rebat akan dipapar pada bil air pengguna domestik bermula September

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

27 Ogos 2024 12:45pm




Pathmanathan




GEORGE TOWN - Jumlah rebat akan dipaparkan pada setiap bil 597,705 pengguna air domestik di Pulau Pinang bermula September hingga Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk K Pathmanathan berkata, setiap pengguna domestik akan memperoleh penjimatan keseluruhan berjumlah RM18.60.



Menurutnya, semua pengguna air domestik tidak akan dicaj untuk penggunaan 10m3 (10,000L) pertama dalam bil air dwi-bulanan untuk tempoh enam bulan iaitu Julai sehingga Disember.

"Ini adalah mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Pulau Pinang pada Jun lalu susulan pelaksanaan kadar air domestik baharu bagi tahun 2024 di negeri ini seperti yang dikawal oleh kerajaan Persekutuan.


"Oleh itu, rebat tersebut akan dipaparkan pada bil pengguna domestik dengan jumlah keseluruhan rebat adalah RM11 juta. Ia akan dipaparkan dalam bil yang dikeluarkan oleh PBAPP daripada September hingga Disember 2024," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Pathmanathan, rebat tersebut hanya untuk pengguna domestik dan tidak terpakai kepada pengguna bukan domestik, pengguna domestik pukal, pengguna perkapalan, rumah ibadat atau institusi kebajikan.


"Bergantung kepada tarikh pengebilan, rebat akan tertera dalam bil yang dikeluarkan pada kitaran pengebilan iaitu September/Oktober 2024 (RM12.40) dan November/Disember 2024 (RM6.20).

Pengguna domestik yang tidak mendapat rebat dalam bil mereka diminta untuk menghubungi Pusat Panggilan 24 Jam PBAPP di talian 042558255 atau mengunjungi salah satu daripada sembilan Pusat Khidmat Pelanggan PBAPP iaitu di Komtar, Balik Pulau, Bayan Baru, Bukit Mertajam,Jawi, Kepala Batas, Kompleks Perai, Padang Tembak dan Taman Selat," ujarnya.




Kata beliau lagi, keluarga besar iaitu lapan orang atau lebih dengan pendapatan isi rumah maksimum RM5,580 sebulan juga layak mendapat rebat RM20 daripada bil air domestik dwi-bulanan mereka.

"Isi rumah yang layak akan melihat rebat mesra keluarga ini dalam bil air domestik mereka mulai September ini. Mereka yang ingin memohon rebat ini boleh mengunjungi Pusat Khidmat Pelanggan PBAPP berhampiran," katanya.

Pathmanathan berkata, PBAPP juga telah membuat pelarasan untuk mengehadkan jangka masa pengebilan dwi-bulanan kepada maksimum 63 hari mulai Oktober 2024.

"Had 63 hari adalah untuk menampung cuti umum dan cuti mingguan yang mungkin berlaku pada hujung pengebilan. Siasatan telah mengesahkan bahawa beberapa pengguna air domestik telah dibilkan untuk penggunaan dalam tempoh masa sehingga 67 hari, sejak Mac lalu.

"Kelewatan pengebilan ini disebabkan oleh bilangan cuti umum sepanjang enam bulan yang lalu selain beban kerja pembacaan meter yang semakin meningkat," katanya.

Jelas beliau, PBAPP telah menambah peruntukan tuntutan kerja lebih masa untuk pembaca meter bagi memastikan bil air Pulau Pinang dikeluarkan tepat pada masanya.

"Pada Jun lalu, PBAPP telah melayani 696,910 pengguna air di seluruh negeri. Bagaimanapun, PBAPP dijangka menggunakan lebih banyak pembaca meter dalam tempoh enam bulan akan datang.

"Oleh itu, bermula 1 Oktober ini, pengguna air domestik yang menerima bil yang meliputi tempoh masa melebihi 63 hari diminta untuk mengunjungi Pusat Khidmat Pelanggan PBAPP terdekat untuk pelarasan bil," katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/682538/edisi/utara/jumlah-rebat-akan-dipapar-pada-bil-air-pengguna-domestik-bermula-september


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2024 02:34 PM | Show all posts
@novelloverzz
baca ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 07:59 PM GMT+8 , Processed in 0.339418 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list