CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25428|Reply: 0

[Kedah] Lori kontena langgar rumah dipercayai masalah pedal minyak

[Copy link]
Post time 20-8-2024 12:16 PM | Show all posts |Read mode
Lori kontena langgar rumah dipercayai masalah pedal minyak


Zuliaty Zulkiffli[email protected]







BAHAGIAN depan rumah penduduk yang rosak dirempuh sebuah kontena di Taman Desa Bayan Emas. FOTO Zuliaty Zulkiffli.





Bukit Kayu Hitam: Lori kontena yang merempuh sebuah rumah di Taman Desa Bayan Emas, di sini semalam dipercayai akibat masalah pedal minyak yang tersangkut pada lantai kenderaan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati, pemandu berusia 59 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari sebuah gudangdi Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam ke Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

Beliau berkata, sewaktu menuruni jalan industri Bukit Kayu Hitam-Ladang Rakyat, pemandu kontena terbabit mendapati pedal minyak tersangkut di lantai kenderaannya.

Dia cuba untuk memberhentikan kontena dipandunya namun gagal menyebabkan kenderaan itu merempuh sebuah rumah.

"Pemandu lori kontena itu adalah warga Thailand ditahan untuk siasatan lanjut.

"Sewaktu rumah itu dirempuh, penghuni berada di dalam rumah terbabit namun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Rodzi berkata, rempuhan itu turut mengakibatkan sebuah kereta dan motosikal milik mangsa mengalami kerosakan.

"Kemalangan itu turut mengakibatkan kerosakan struktur bahagian depan rumah berkenaan.

"Pemandu treler berkenaan cedera di kepala dan matanya. Ujian urin lelaki berkenaan negatif," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.



Disiarkan pada: Ogos 20, 2024 @ 11:37am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/08/1124815/lori-kontena-langgar-rumah-dipercayai-masalah-pedal-minyak





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.122407 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list