CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 56200|Reply: 0

Izzah pecah rekod kebangsaan dalam saingan pecut individu

[Copy link]
Post time 10-8-2024 01:01 AM | Show all posts |Read mode


IZZAH berjaya memberikan kayuhan mantap pada saingan kelayakan. FOTO Ihsan Majlis Olimpik Malaysia

Kuala Lumpur: Pelumba berbasikal trek wanita negra, Nurul Izzah Izzati Asri mencipta rekod kebangsaan pecut individu selepas mencatat masa 10.709 saat (s) di pusingan kelayakan di Saint Quentin en Yvelines, Paris.

Catatan masa dilakukannya itu, mengatasi rekod kebangsaan miliknya sendiri 10.903s di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) Nilai, tahun lalu.

Catatan itu sekali gus menyaksikan Izzah yang digelar The Pocket Rocketwoman mengakhiri saingan kelayakan pecut individu di tempat ke-21.

Pelumba kelahiran Kedah itu bertemu Sophie Capewell dari Great Britain namun tewas dan selepas ini dijadual menyertai saingan repechages

Sementara itu pelumba Jerman, Lea Friedrich berjaya mencatatkan rekod dunia, hanya beberapa minit selepas wakil New Zealand,

Ellesse Andrews melakukan perkara sama.

Pelumba berusia 24 tahun itu mencatat masa 10.029s untuk mengungguli pusingan kelayakan.

Dia tampil ke dalam velodrom dengan penuh bersemangat untuk menafikan rekod pemenang pingat emas keirin, Ellesse yang sebelum itu mencatat masa 10.108s.

Ellesse memadam rekod lama 10.154 yang dicatatkan penyandang juara Olimpik, Kelsey Mitchell pada 2019.


https://www.hmetro.com.my/utama/2024/08/1120843/izzah-pecah-rekod-kebangsaan-dalam-saingan-pecut-individu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.039205 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list