CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47448|Reply: 0

Paris 2024: Hasrat Pearly-Thinaah bawa pulang pingat tidak kesampaian

[Copy link]
Post time 3-8-2024 10:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 3-8-2024 02:16 PM



Peminat sukan badminton dan bola sepak menyaksikan kedua-dua perlawanan itu sekaligus menerusi siaran langsung di televisen ketika tinjauan FotoBernama di Restoran Hakim Seksyen 7 Shah Alam hari ini.-Gambar BERNAMA

Daripada Vikneswaran Raman

PARIS: Hasrat beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah untuk menghadiahkan pingat pertama untuk Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian.

Juara Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu tewas 11-21, 11-21 kepada pasangan nombor empat dunia dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida dalam aksi penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena.

Pearly-Thinaah yang menduduki ranking ke-12 dunia, dilihat bergelut pada set pertama apabila strategi permainan mereka untuk menandingi beregu Jepun itu serba tidak menjadi.

Beregu negara meneruskan aksi goyah dengan kesilapan mudah pada set kedua, sekali gus menyaksikan Matsuyama-Shida mencatatkan kemenangan ke-10 menentang mereka.

Pearly-Thinaah hanya pernah menang sekali ke atas gandingan Jepun itu iaitu ketika suku akhir Terbuka Perancis 2022 sebelum muncul juara kejohanan tersebut.

Sebelum ini, Pearly-Thinaah mencipta sejarah sebagai beregu wanita pertama negara mara ke separuh akhir Olimpik, namun t 12-21, 21-18, 15-21 dalam pertarungan sengit kepada beregu nombor satu dunia Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dari China, semalam.

Matsuyama-Shida pula kalah 16-21, 19-21 kepada satu lagi pasangan China, Liu Sheng Shu-Tang Ning.- BERNAMA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.037244 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list