CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6286|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Keadaan Sarjan Mazlan semakin baik' - Isteri

[Copy link]
Post time 31-7-2024 03:18 PM | Show all posts |Read mode
'Keadaan Sarjan Mazlan semakin baik' - Isteri


Noor Hidayah Tanzizi[email protected]





MAZLAN menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani. FOTO Ihsan Roseila Mat Saad





Kuala Lumpur: "Alhamdulillah, suami sudah dapat mengingati saya sejak malam semalam, tanya mengenai anak dan ahli keluarga lain termasuk ibunya. Sekarang dia sedang menjalani pembedahan di bahagian tangan," kata Roseila Mat Saad.

Roseila, 35, adalah isteri kepada anggota Tentera Darat Malaysia (TDM), Sarjan Mazlan Abdul Rahman, 35, yang menyelamatkan dua mangsa yang terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, Pulau Pinang pada 15 Januari lalu.

Mazlan yang bertugas di Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD), Kem Sungai Ara, Pulau Pinang terbabit dalam kemalangan selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah kereta di Kilometer 115.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Kepala Batas, Pulau Pinang kira-kira 8.30 malam Ahad lalu.

Roseila berkata, dia dimaklumkan kejadian menimpa Mazlan oleh rakan suaminya yang juga anggota tentera yang secara kebetulan melalui laluan sama sebelum memberi bantuan.

Menurutnya, kemalangan itu menyebabkan suami mengalami kecederaan serius di kepala, lutut, tangan serta turut patah bahu dan dua jari lalu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk rawatan lanjut.

"Luluh hati melihat keadaan suami dan ketika itu suami tidak sedarkan diri. Kira-kira 11 malam (Ahad) saya dimaklumkan suami kembali sedar, tetapi masih 'mamai' dan dia tidak tahu (tidak ingat bagaimana) kejadian berlaku.

"Suami juga tidak mengenali orang termasuk saya. Dia hanya mula mengecam saya malam semalam sebelum ditukar ke wad lain. Suami tanya mengenai anak dan ibunya serta turut tanya jika orang kem mencarinya kerana tidak datang bertugas," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.



MAZLAN terbabit dalam kemalangan selepas motosikal ditunggang melanggar sebuah kereta di Kilometer 115.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Kepala Batas, Pulau Pinang kira-kira 8.30 malam Ahad lalu. FOTO Ihsan Roseila Mat Saad

Katanya, keadaan Mazlan kini menunjukkan perkembangan baik dan sedang menjalani pembedahan di bahagian tangan pada 12.40 tengah hari tadi yang dijangka akan mengambil masa kira-kira tiga jam.

"Saya bersyukur dan lega suami sudah sedar. Saya berterima kasih serta menghargai sokongan dan doa keluarga, rakan dan orang ramai untuk suami saya, malah ada melakukan solat hajat untuk kesembuhannya. Terima kasih juga untuk rakan suami yang membantunya pada hari kejadian.

"Saya juga berharap pembedahan ini berjalan lancar dan semuanya baik-baik saja, tiada yang serius," katanya sambil memberitahu mereka mempunyai dua anak lelaki termasuk seorang autistik berusia tiga dan tujuh tahun.

Bercerita mengenai kemalangan itu, Roseila berkata, dia tidak mengetahui secara terperinci, namun dimaklumkan motosikal ditunggang suami terlanggar bahagian belakang kereta berkenaan.

Katanya, dia difahamkan kenderaan itu diletakkan di laluan kecemasan (tepi jalan) dan ketika itu juga tiada orang atau pemilik dalam kereta itu ketika kejadian.

"Mungkin suami tak perasaan (kereta berkenaan) lagipun ada orang beritahu ketika kejadian hujan (tetapi tidak lebat). Ada juga orang mesej (di media sosial) beritahu cerita mengenai kejadian," katanya. Pada Sabtu lalu, Mazlan dianugerahkan Pingat Gagah Perwira (PGP) sempena sambutan Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri di Dewan Seri Pinang, Pulau Pinang.

Terdahulu, Jurulatih Jasmani dan Sukan yang sudah berkhidmat dalam TDM sejak 14 tahun lalu mendapat perhatian kerana keberaniannya menyelamatkan dua mangsa terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang dan turut menerima penghargaan dengan kenaikan pangkat daripada koperal kepada sarjan.



Disiarkan pada: Julai 31, 2024 @ 2:30pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.249367 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list