CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3595|Reply: 0

[Pulau Pinang] Naik DRT di Pulau Pinang, tambang hanya RM1

[Copy link]
Post time 31-7-2024 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Naik DRT di Pulau Pinang, tambang hanya RM1


Zuhainy Zulkiffli[email protected]





PERKHIDMATAN percubaan Demand Responsive Transit (DRT) Rapid Penang yang diperkenalkan Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) bermula esok dan pertama di Pulau Pinang. FOTO Ihsan Rapid Bus





Georgetown: Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) memperluaskan jaringannya dengan memperkenalkan perkhidmatan percubaan Demand Responsive Transit (DRT) Rapid Penang yang pertama di negeri ini bermula hari ini sehingga 31 Oktober depan.

Perkhidmatan DRT di Farlim dan Air Itam itu akan melalui fasa pembuktian konsep (POC) membabitkan kerjasama dengan aplikasi tempahan perkhidmatan e-hailing Kumpool.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Muhammad Yazurin Sallij berkata, perkhidmatan itu adalah bagi manfaat pengguna yang sebelum ini sukar mendapat akses perkhidmatan bas kerana jalan sempit terutama di kawasan perumahan.

"Kami sentiasa berusaha bagi menyediakan perkhidmatan yang relevan kepada penumpang dan perkhidmatan DRT ini merupakan mod pengangkutan fleksibel mengikut permintaan.

"Ia juga menyediakan kesalinghubungan 'first-last-mile' dengan perkhidmatan laluan bas sedia ada dengan purata kekerapan 10 minit bagi perjalanan penumpang yang lebih lancar ke Georgetown", katanya tadi.

Menurut Muhammad Yazurin, perkhidmatan yang meliputi radius dua kilometer itu juga menghubungkan penumpang ke beberapa lokasi tumpuan seperti Pekan Air Itam, Kek Lok Si, Sunshine Central, Klinik Kesihatan Bandar Baru Air Itam dan Pekan Farlim.

Katanya, perkhidmatan DRT berkenaan menawarkan jaminan tempat duduk yang boleh ditempah setiap hari antara jam 6 pagi sehingga 11 malam dengan tambang pengenalan sebanyak RM1 bagi setiap perjalanan.

"Pembayaran tambang boleh dilakukan secara tunai atau menggunakan Pas Mutiara My50 serta Pas Perjalanan OKU Smile.

"Perkhidmatan DRT boleh ditempah menerusi aplikasi Kumpool yang boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store.

"Sempena dengan ulang tahun Rapid Penang yang ke-17 tahun ini, kami ucapkan jutaan terima kasih kepada semua penumpang atas sokongan dan akan berikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Pulau Pinang", katanya lagi.

Orang ramai boleh layari media sosial rasmi Rapid Penang atau laman web di www.myrapid.com.my bagi maklumat lanjut.



Disiarkan pada: Julai 31, 2024 @ 2:39pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.232061 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list