CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3288|Reply: 0

[Kedah] Tak mengaku seludup 160 petrol ke Thailand

[Copy link]
Post time 31-7-2024 02:43 PM | Show all posts |Read mode
Tak mengaku seludup 160 petrol ke Thailand


Zuliaty Zulkiffli[email protected]





Anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal membawa seorang lelaki dan seorang wanita untuk didakwa atas pertuduhan menyeludup petrol ketika Ops Tiris 3.0 di Mahkamah Alor Setar. FOTO WAN NABIL NASIR





Alor Setar: Seorang lelaki dan wanita warga Thailand didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, tadi, atas tuduhan menyeleweng petrol ketika ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) di Durian Burung, Padang Terap, Sabtu lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Phatcharee Hama, 38, dan Abdulloh Saleesing, 21, dari Songkhla, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan dalam bahasa Thai di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali.

Mengikut pertuduhan, Phatcharee didakwa memiliki bahan kawalan berjadual itu sebanyak 60 liter yang ditemukan dalam tangki diubah suai di bahagian tempat duduk belakang sebuah kenderaan bernombor pendaftaran tempatan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.45 pagi ketika operasi SJR diadakan di Durian Burung pada 27 Julai lalu.

Sementara, Abdulloh pula didakwa memiliki petrol sejumlah 100 liter dalam sebuah kenderaan lain yang turut diubah suai pada waktu, tarikh dan lokasi sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Sekyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1061 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan terhadap Phatcharee dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN), Mohd Hilmi Abu Hassan, sementara bagi Abdulloh pula oleh Mohd Sayuti Ismayatim.

Hakim Noor Zaihan kemudian menetapkan 4 September sebagai tarikh sebutan semula selain wang jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin warga tempatan bagi setiap tertuduh yang juga diarahkan melaporkan diri setiap bulan di balai polis berdekatan.

Kedua-dua tertuduh kemudian membayar wang jaminan yang dikenakan dengan dua penjamin warga tempatan.



Disiarkan pada: Julai 31, 2024 @ 1:46pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.314522 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list