CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15090|Reply: 0

[Pulau Pinang] Datang seorang diri sebab duit tak mencukupi

[Copy link]
Post time 31-7-2024 07:37 AM | Show all posts |Read mode
Datang seorang diri sebab duit tak mencukupi


Redzuan Muharam[email protected]





LIM ke Pulau Pinang menaiki bas dari Batu Pahat, Johor tanpa ditemani ibu bapanya.





Balik Pulau: "Saya tak pandang kekurangannya, tetapi lihat kekuatan semangatnya yang sanggup datang dari jauh seorang diri untuk menuntut ilmu," kata Mohd Zaidil Adha Mat Hussin, pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Politeknik Balik Pulau (PBU) di sini.

Hantaran Mohd Zaidil Adha, 46, yang juga Pegawai Hal Ehwal Pelajar (Pengambilan dan Data) di Facebook (FB) kelmarin mencuri perhatian warganet selepas berkongsi pengalamannya membantu penuntut baharu PBU, Lim Zi Yang, 18, yang datang tanpa ditemani ibu bapa untuk mendaftar untuk pengajian Diploma Teknologi Maklumat.



MOHD Zaidil Adha membantu Lim yang datang seorang diri untuk menyambung pengajianperingkat diploma.

Bercerita lanjut, Mohd Zaidil Adha berkata, dia cuba membantu Lim selepas dihubungi bapa penuntut berkenaan pada Jumaat lalu yang memohon kebenaran supaya anaknya dimasukkan ke asrama lebih awal walaupun tarikh pendaftaran pada kelmarin.

Menurut Mohd Zaidil Adha, dalam perbualan telefon, bapa Lim memberitahu, anaknya terpaksa bertolak awal iaitu pada Jumaat dari Batu Pahat, Johor ke Pulau Pinang kerana tiket bas pada Sabtu sudah habis.

"Saya tanya kepada ayah Lim kenapa tak ikut sama dan jawabnya, tak cukup duit.

"Waktu dengar jawapan itu, saya sudah mula rasa kasihan jadi beritahu pihak pengurusan untuk permohonan kemasukan awal ke asrama dan siap sedia jemput Lim di perhentian bas Balik Pulau pada pagi Sabtu.

"Belum sempat jemput Lim, dia sudah tiba di depan perpustakaan, namun masalah timbul apabila beg mengandungi pakaian dan dokumen penting tertukar dengan orang lain.

"Keadaan itu menyebabkan saya perlu membawa balik Lim ke Terminal Bas Sungai Nibong sebelum ke Terminal Bas Penang Sentral untuk membuat tuntutan beg," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sepanjang perjalanan pergi dan pulang dari terminal bas, Mohd Zaidil Adha dapat melihat sikap Lim yang taat dengan bapanya.

Pada sama sama, Mohd Zaidil Adha juga nampak keberanian Lim kerana boleh datang menaiki bas sendirian walaupun belum pernah menjejakkan kaki ke Pulau Pinang.

"Waktu dalam kereta, saya nampak Lim ambil gambar Jambatan Pulau Pinang dan kirimkan kepada bapanya.

"Sebelum pulang iaitu selepas saya bawanya beli barang keperluan di sebuah pasar raya pun, dia minta saya singgah ke kedai ubat Cina untuk beli minuman dan ubat seperti diminta bapanya.



LIM mendaftar sebagai penuntut baharu.

"Jadi, saya nampak dia anak yang mendengar kata, malah nampak semangatnya kerana Lim beritahu saya dia enggan berhenti belajar kerana anak tunggal dan menjadi harapan keluarga ," katanya.

Berhubung perkongsiannya di FB, Mohd Zaidil Adha tidak menyangka ia akan tular kerana niatnya sekadar berkongsi kisah dan pengalamannya.

"Alhamdulillah, baca komen ramai positif dan ucap tahniah kepada Lim selain mengharap kejayaannya pada masa depan.

"Ada juga komen menyatakan apa saya buat itu adalah apa yang Malaysia mahukan kerana nampak semangat perpaduan.

"Hakikatnya, saya bantu tanpa tengok perbezaan kaum, agama atau bangsa kerana mana-mana penuntut memerlukan saya akan bantu malah sering juga dengar luahan serta perkongsian ibu bapa mengenai masalah anak mereka.

"Cuma kebetulan, perkongsian kisah Lim mendapat perhatian mungkin kerana saya dan dia berlainan bangsa, malah apa yang menarik apabila Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Datuk Dr Mohd Zahari Ismail juga datang bertemu dengan Lim ketika sesi pendaftaran penuntut baru (kelmarin)," katanya.



Disiarkan pada: Julai 31, 2024 @ 7:02am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.261209 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list