CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27576|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPDN Pulau Pinang lupus barang rampasan bernilai hampir RM2.35 juta

[Copy link]
Post time 29-7-2024 02:23 PM | Show all posts |Read mode
KPDN Pulau Pinang lupus barang rampasan bernilai hampir RM2.35 juta


Oleh Nur Izzati Mohamad - Julai 29, 2024 @ 1:38pm [email protected]





Jegan (dua dari kiri) menunjukkan antara barangan rampasan bernilai lebih RM2 juta akan dilupuskan pada sidang media di Kompleks Penyimpanan KPDN Pulau Pinang, Kawasan Perindustrian Bukit Minyak. - Foto NSTP/Danial Saad





BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang melupuskan sebanyak 49,488 unit barang pelbagai jenis bernilai hampir RM2.35 juta bagi tempoh enam bulan dari Januari hingga Jun lalu.

Pengarah KPDN negeri, S Jegan, berkata barangan yang dilupuskan adalah hasil rampasan atas kesalahan mengikut peruntukan undang-undang selepas selesai menjalani proses pendakwaan dan pengkompaunan.

"Terdahulu semua barangan itu dirampas mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Cap Dagangan 2019 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999.

"Ia terdiri daripada pelbagai jenama seluar, baju, kasut, topi, produk makanan dan penjagaan kesihatan serta aksesori dan peranti elektronik berjenama tiruan," katanya pada sidang media di Kompleks Penyimpanan Ekshibit KPDN negeri di Bukit Minyak, di sini, hari ini.

Jegan berkata, pelupusan barang rampasan yang direkodkan bagi tempoh enam bulan tahun ini lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Berdasarkan rekod tahun lalu, kita telah melupuskan pelbagai barangan bernilai RM898,155.88 membabitkan 94 kes manakala 152 kes berjumlah RM541,142.45 dilupuskan pada 2022," katanya.

Sementara itu, Jegan berkata, Bahagian Penguat Kuasa KPDN negeri sepanjang tahun ini mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dan pemeriksaan berkaitan bekalan, harga, antipencatutan, ketirisan, barang tiruan, halal, sewa beli, skim anti piramid, jualan langsung, penipuan dalam talian dan sebagainya.

"Bermula 1 Januari hingga 30 Jun lalu, KPDN Pulau Pinang telah melaksanakan pemeriksaan sebanyak 22,143 premis dan 233 tindakan kes yang telah dihasilkan melibatkan pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan berjumlah RM 1.58 juta.

"Sebanyak RM94,600 nilai kompaun telah dikeluarkan membabitkan 124 kes manakala tiga kes pula membabitkan tindakan pendakwaan di mahkamah dengan jumlah keseluruhan denda sebanyak RM52,000," katanya.

Beliau berkata, mana-mana individu atau sindiket diberi amaran supaya menghentikan kegiatan penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan serta tidak terbabit dalam penjualan barangan tiruan.

"Pengguna juga dinasihatkan supaya berhati-hati dalam membuat pembelian harian terutama melalui pembelian online (dalam talian) supaya tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.034091 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list