CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39099|Reply: 0

[Kedah] Ombak ganas, feri dari Langkawi ke Kuala Kedah patah balik

[Copy link]
Post time 28-7-2024 02:02 PM | Show all posts |Read mode
Ombak ganas, feri dari Langkawi ke Kuala Kedah patah balik


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Julai 28, 2024 @ 1:44pm [email protected]




Foto hiasan





ALOR SETAR: Sebuah feri yang membawa 259 penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah terpaksa berpatah balik hari ini berikutan ombak 'ganas' setinggi empat meter tengah hari ini.

Pengurus Besar Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom, berkata feri terbabit berlayar dari Terminal Feri Penumpang Kuah di Langkawi pada jam 12.30 tengah tadi.

Beliau berkata, selepas 25 minit berlayar, feri itu terpaksa berpatah balik pada jam 12.55 petang selepas ombak kuat melanda.

"Feri itu berada pada kedudukan 15 batu nautika dari Langkawi ketika itu akibat laut bergelora dan cuaca buruk.

"Berikutan itu, kami memutuskan untuk feri kembali ke Langkawi kerana tidak mahu mengambil sebarang risiko demi keselamatan penumpang.

"Dan setakat ini belum diputuskan status kepada penumpang dalam feri berkenaan memandangkan feri itu masih dalam perjalanan berpatah balik ke Jeti Langkawi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, media melaporkan kira-kira 808 penumpang feri di Kuala Kedah dan Pulau Langkawi terkandas selepas syarikat feri itu terpaksa membatalkan empat trip perjalanan di sebelah petang susulan cuaca buruk di laut dengan ombak setinggi empat meter.

Ia membabitkan dua trip dari Kuala Kedah ke Langkawi dan dua trip dari Langkawi ke Kuala Kedah berikutan cuaca buruk yang menyebabkan alunan ombak besar di tengah laut.

Ketinggian ombak lebih kurang empat meter, manakala kelajuan angin antara 16 hingga 18 knots dan ini boleh membahayakan aktiviti pelayaran feri dan bot-bot kecil.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.092857 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list