CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59394|Reply: 2

Sos - makanan yang ada pengawet aku x makan walaupun ada logo "H"..sebab??

[Copy link]
Post time 21-7-2024 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Truth.8 at 21-7-2024 01:57 PM

Sos - makanan yang ada pengawet aku x makan walaupun ada logo "H"

sebab: bahan2 pengawet..punca???
adakah zaman Nabi2  makan benda dari sumber pengawet???


contoh: buah kurma...Nabi2 makan buah kurma segar bukan di bungkus dgn plastik (plastik skg mungkin x bersih atau ada kimia)...saya dah lama berhenti mkn buah kurma kerana ..mungkin ada ulat2  dan kemungkinan  plastik yg di bungkus buah kurma itu  ada kimia...

saya makan buah segar..buah betik- dragon - jambu dan buah2  lain  yg segar aja..



cili sos buat sendiri tanpa pengawet...:
garam- asas jawa- limau dan gula ( kelapa bunga )..dan  cili..gula proses..saya x makan...

kalau nak masam sikit...tambah 'mooru"  susu masam......susu masam segar ada probiotic....bagus utk kesihatan

bersih dan  sihat


segala macam pengawet dan vinegar pun saya x makan...

Pihak pengeluar pun kuat menipu  sebab $$$$$$$$   x peduli pembeli sakit atau mampus..janji untung..$$$

contoh: nasi goreng - ayam kari dan lain keluaran Braxxxxxxxx di tulis Tanpa Pengawet di bungkusan depan.


soalnya: macam mana nasi boleh tahan  1  bulan atau lebih ?  x ada pengawet atau cuba mengelirukan pelanggan??

apa yg kamu masuk dlm perut..di situlah  mula mcm2 penyakit.. sedap di mulut ----racun di perut...silent killer



Kesempurnaan  datang dari Pencipta ..Keburukan datang dari manusia





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2024 01:51 PM | Show all posts

Kesan pengawet dalam makanan
← Back

Dr. Rahmat Awang
Utusan Malaysia, 9 November 1996

Pengawet adalah salah satu daripada bahan tambahan yang dimasukkan ke dalam makanan. Bahan-bahan tambahan lain termasuklah pewarna, perasa, ejen pengemulsi dan ejen penstabil.

Semua bahan ini digunakan untuk tujuan membuat makanan tahan lama di samping lebih menarik dan enak rasanya.

Perbincangan hari ini ialah mengenai penggunaan dua bahan pengawet asid benzoik serta nitrat dan nitrit kepada manusia.

Tujuan penggunaan bahan pengawet adalah untuk mengurangkan atau mencegah pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria, kulat dan ragi.

Pengawet berupaya mencegah pertumbuhan mikroorganisma yang mengakibatkan makanan berbau busuk dan basi.

Namun demikian penggunaan bahan pengawet ini tidak selalunya selamat terutama sekali jika digunakan dalam kuantiti yang berlebihan.

Ini berlaku seperti mana yang dilaporkan baru-baru ini apabila bahan penggunaan itu digunakan berlebihan dalam cili boh dan sos cili.

Pengawet asid benzoik:
Asid benzoik boleh didapati secara semula jadi, tetapi biasanya disediakan secara sintetik. Ia digunakan sebagai pengawet dalam beberapa sediaan makanan yang tidak tahan lama seperti jam, sos dan cili boh.

Ini adalah kerana asid benzoik mempunyai keupayaan untuk bertindak sebagai ejen antibakteria dan antikulat.

Asid benzoik juga didapati dalam pelbagai bentuk seperti natrium benzoat, kalium benzoat atau kalsium benzoat, atau bentuk benzoat yang lain seperti para- hidroksibenzoat.

Garam-garam ini juga digunakan sebagai pengawet dan penggunaannya sepatutnya tercatat pada label dibekas bahan-bahan makanan.

Misalnya, garam natrium benzoat digunakan dalam marjerin, minuman ringan, kicap dan sos daging panggang.

Kerengsaan

Apabila digunakan secara berlebihan, pengawet seperti asid benzoik boleh menyebabkan kerengsaan perut.

Ada juga laporan yang menujukkan bahawa ia boleh menjejaskan sistem saraf.

Bagi mereka yang mengalami lelah atau pun yang mempunyai penyakit ruam kulit (seperti jenis urtikaria dan ekzema) bahan pengawet seumpama ini boleh memburukkan lagi keadaan.

Para-hidroksi benzoat boleh menyebabkan rasa kebas di mulut.

Bagi seseorang yang alah kepada pewarna-pewarna tiruan yang umumnya disebut sebagai pewarna jenis azo (seperti tartazin), kemungkinan besar ia akan mengalami alahan terhadap pengawet kumpulan benzoat.

Begitu juga bagi mereka yang alah kepada ubat aspirin, memandangkan ketiga-tiga bahan ini berkaitan dari segi struktur kimianya.

Pengawet nitrat dan nitrit:
Satu lagi jenis pengawet yang boleh menimbulkan masalah adalah daripada kumpulan nitrat dan nitrit ataupun bentuk garamnya (garam kalium dan natrium).

Pengawet jenis ini sering kali digunakan untuk hasilan makanan yang diperbuat daripada daging.

Tujuan pengawet ini digunakan adalah untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria.

Clostridium botulinum boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulisme yang membawa kematian.

Namun demikian, pengawet nitrit boleh mengakibatkan beberapa kesan yang tidak diingini seperti rasa mual, muntah-muntah, pening kepala dan tekanan darah menjadi rendah.

Di dalam perut terdapat sebahagian kecil nitrit, ia boleh membentuk nitrosamina yang diketahui menyebabkan kanser pada haiwan ujian.

Bagi bahan pengawet nitrat pula, kesakitan pada bahagian perut boleh berlaku di samping muntah-muntah, lemah otot serta kadar nadi tidak menentu.

Pengawet nitrat boleh bertukar menjadi nitrit apabila makanan ini basi ataupun oleh bakteria di dalam perut yang kemudiannya boleh menghasilkan nitosamina.

Awas Semasa Membeli Makanan:

    Jika boleh dapatkan bahan makanan segar. Kerana ia tidak mengandungi bahan tambahan atau pengawet.
    Apabila membeli produk yang diproses, pastikan kandungan bahan tambahan yang terdapat di dalamnya.
    Sedapat mungkin pastikan bahan tersebut adalah dalam sukatan yang dibenarkan.
    Pastikan tarikh luput makanan. Ikut cara penyimpanan makanan yang betu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2024 07:02 PM | Show all posts
Dying for colour: toxic dyes in the textile industry

From dresses stained with ruby red to rainbow sweaters featuring every vibrant hue of the rainbow, it seems we can find fashion in any colour we desire. However, our love of rich tones and rainbow shades is turning deadly, as toxic dyes in the textile industry supply chain run rampant.

With a myriad of devastating environmental and health impacts, chemical dyes in the textile industry are one of the dark sides of fashion production. But why do we use these harmful dyes, what impact do they have and is there a way that we can enjoy colourful clothing without the toxic side effects?


link :https://goodmakertales.com/toxic-dyes-in-textile-industry/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.258973 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list