CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7144|Reply: 17

RUU Mufti Wilayah: apa manhaj anda?

[Copy link]
Post time 12-7-2024 12:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ibnur at 13-7-2024 11:41 AM

Assalamualaikum warahmatullah.

Minggu ini kita dikabarkan berkenaan RUU Mufti telah diluluskan di Dewan Rakyat.  Walaubagaimanapun, ini baru peringkat Dewan Rakyat.  Akan ada bahas di Dewan Negara dan seterusnya oleh Majlis Raja-Raja.  RUU ini sebenarnya belum diluluskan sebagai Undang-undang, tapi dah banyak bunyi dah.  Cuma belum peringkat takfiri.

Dalam RUU ada dinyatakan untuk mentakrifkan ASWJ di Malaysia adalah yang mengikut aliran Asya'irah dan Maturidiyah.  Jadi, bagaimana pula aliran Athariyyah (atau Hanabilah/Hambali)?  Adakah perlu disingkirkan dari pengajian di Malaysia?  Tapi, apa itu Athariyyah?  Asyairah/Maturidiyah?

Saya juga kadang-kala pelik sebab ada yang mengakui ikut aliran Asya'irah tapi bila ditanya maksud istiwa, tangan, kaki, kursi dan sebagainya, jawapan diberikan macam Athariyyah.  Yang lagi peliknya, quburiyun pun mengaku Asya'irah dan menyesatkan Athariyyah.

Secara ringkas dan mudah, Asyairah/Maturidiyah ini yang belajar sifat 20.  Menggunakan takwilan untuk beberapa lafaz walaupun bukan semua.

Sementara Athariyyah tidak menetapkan makna yang khusus bagi sesuatu lafaz dan menyerahkan maknanya kepada Allah.

Yang mana satukah manhaj anda?  Asya'irah atau Maturidiyah atau Athariyyah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2024 11:32 AM | Show all posts
Edited by ibnur at 13-7-2024 11:34 AM

Tambahan sedikit hari ini  ......
Kenapa timbul perbahasan di luar Dewan Rakyat?  Sebabnya ialah, di Dewan Rakyat tu penuh ahli politik dan ahli politik yang layak berbahas tajuk ini mungkin tidak hadir atau fokus pada perkara lain.  Jadilah sekarang bahas RUU di media sosial.

Bahagian yang jadi issue ialah definisi Ahli Sunah Waljamaah pada Bahagian II, Mufti dan Timbalan Mufti

4) Bagi maksud seksyen ini, "Ahli Sunah Waljamaah" ertinya mana-mana orang yang berpegang dengan al-Quran dan Sunah:

(a) Berkenaan dengan akidah, yang mengikut pegangan yang bersumberkan daripada aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyah;

(b) Berkenaan dengan syariah, yang mengikut Mazhab Syafie atau dalam keadaan tertentu mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki, atau Hanbali atau ijtihad hukum yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa; dan

(c) Berkenaan tasawuf, yang mengikut pegangan yang dibawa oleh Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.

Bahagian II, 4, a); tidak disebut mazhab Athariyyah.

mengikut artikel Dr Dr Mohd Hasrul Shuhari (Prof Madya, Pusat Pengajian Usuluddin, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam Harian Metro online.

Jika timbul persoalan kenapa hanya disebut al-Asyairah dan al-Maturidiyah di dalam undang-undang, maka perlu difahami, mana-mana aliran yang tidak dinisbahkan kepada al-Asyairah dan al-Maturidiyah, tetapi tidak bercanggah usulnya dengan kedua-duanya seperti al-Hanabilah dan seumpamanya yang bercirikan tafwid makna dalam isu sifat-sifat Allah SWT dan tidak mengkafirkan umat Islam dalam perkara khilafiyyah maka tetap boleh dianggap ASWJ. Maka, dalam undang-undang sudah memadai hanya sebut al-Asyairah dan al-Maturidiyyah kerana perbezaan dengan al-Hanabilah hanya perkara cabang agama sahaja.

Masaalahnya, pandangan ini bukan undang-undang.  Undang-undang ialah apa yang ditulis di akta.  Jika RUU ini jadi Akta, penguatkuasaan boleh dibuat ke atas selain dari Asya'irah dan Maturidiyah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2024 11:36 AM | Show all posts
Untuk bincang berkenaan Asya'irah, Maturidiyah dan Athariyyah ini, inshaAllah, saya akan buka thread lain di masa depan. Sebab bahas berkenaan ini akan bermula mudah tapi akan jadi berat jika dilanjut ke waktu hadapan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2024 04:57 PM | Show all posts
Salam TT

Nak merapu berjela, tak larat dah. Pendek je.

Ilmu kalam, theology, sifat 20, tauhid trinitas (uluhiyah, rububiyah, asma wa sifat), etc.
- ini semua bukan utk org awam maka, keluarkan drpd silibus pedagogi kebangsaan.

Huru-hara.

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 04:24 PM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 15-7-2024 04:57 PM
Salam TT

Nak merapu berjela, tak larat dah. Pendek je.

maka syarat ASWJ adalah cukup sekadar apa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ussopp replied at 19-7-2024 04:24 PM
maka syarat ASWJ adalah cukup sekadar apa?

Ahli sunnah wal jamaah - noktah.

Mana² piagam yg memperincikan doktrin syariat, undang perpecahan/pelanggaran.

Spt perlembagaan di Madinah dek ahli kitab (people by the book/ikut silibus sekolah dia), tak mahu turut i.e. khianat.

P/s: Melobi doktrin adalah di bawah tata kelola ketua jabatan melalui org² jabatan dia. Setiap agamawan bermajikan (gomen/private servant) yg teringin jawatan kena akur. Sbb bukan semua umat islam di Malaysia keluar mengundi. Majlis ulama lah yg lebih awal kena buat muktamar spt di Chechen dolu² sblm org jabatan usul. Jika RUU green light, insyaallah bakal tertegak serambi al-azhar di bumi melayu ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-8-2024 11:55 AM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 20-7-2024 01:09 AM
Ahli sunnah wal jamaah - noktah.

Mana² piagam yg memperincikan doktrin syariat, undang perpecaha ...

saya tak faham. ahlisunnah wal jamaah itu syaratnya apa menurut tuan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2024 11:55 AM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 20-7-2024 01:09 AM
Ahli sunnah wal jamaah - noktah.

Mana² piagam yg memperincikan doktrin syariat, undang perpecaha ...

saya tak faham. ahlisunnah wal jamaah itu syaratnya apa menurut tuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2024 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ussopp replied at 7-8-2024 11:55 AM
saya tak faham. ahlisunnah wal jamaah itu syaratnya apa menurut tuan.

Ungkapan tersebut

'ahli sunnah wal jamaah'

Jama' maksudnya sepakat/collective
cuma sunnah siapa, tak sure?
- atau sunnah si dia yg meletakkan syarat?

Cth: Sunnah (resmi/resam) melayu ikut padi, lebih tunduk lebih berisi.
- org melayu tak pernah bentang RUU atau syarah berjela padi yg mcm mana or yg mana satu (tunggal).

Pokok dia, kesepakatan.
- i.e. yg berlawan dgn perpecahan.

Jika dikembalikan kpd Quran ada dua:
- surat 23 al-mukminun
- surat 40 al-mukmin (pengampun/ghafir)

Kenapa takdak yg berani kata mukmin?
Lebih tunduk dgn kata sunni?
- or lebih tak selamat-sejahtera-tenteram utk kata muslim?

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 12:20 AM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 8-8-2024 02:53 PM
Ungkapan tersebut

'ahli sunnah wal jamaah'

apa syarat ahlisunnah wal jamaah menurut tuan. tulis dengan mudah insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 09:12 PM | Show all posts
ussopp replied at 25-8-2024 12:20 AM
apa syarat ahlisunnah wal jamaah menurut tuan. tulis dengan mudah insyaAllah

Pendeknya, jelmaan ahli sunnah wal jamaah hari ini ikut acuan buku dia i.e. people by their book.
- ahli kitab moden

Lain disiplin ilmunya (silibus sekolah), lain kecenderungan dia.
Syarat² dikenakan hanya utk mengeluarkan sebahagian yg tak sebuku.

P/s: Jgn risau, bkn semua org awam di Malaysia baca buku. Sekadar indoktrinasi adja.
- baca *.pdf selamatlah hutan balak.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2024 09:56 AM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 27-8-2024 09:12 PM
Pendeknya, jelmaan ahli sunnah wal jamaah hari ini ikut acuan buku dia i.e. people by their book.
...

Satu hujah yang menarik sebab saya baru saja tengok youtube Dr MAZA berkenaan kenapa tetiba issue Asyairah/Maturidiah versus Athariyyah/Hanabilah.

Sila tonton:

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 03:20 PM | Show all posts
ibnur replied at 28-8-2024 09:56 AM
Satu hujah yang menarik sebab saya baru saja tengok youtube Dr MAZA berkenaan kenapa tetiba issue A ...

Huhu...

Kita tunggu debat/dialog/forum/wacana di antara:
1) Agamawan bermajikan
2) Ahlul kitab
3) Majlis ulama/org jabatan

Atleast nak tahu jugak, mana satu yg 'bukan Islam', ikut perlembagaan lah.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2024 10:20 AM | Show all posts
Nampaknya bahas RUU Mufti ni belum selesai.  
Tapi ada satu group tu dah declare menang sebab dia kira majoriti.

Sebenarnya Islam bukan bergantung kepada majoriti.  Kebenaran adalah hak walaupun 10 orang dalam dunia yang mengamalkannya.  Kita tunggu saje Pembacaan Kedua RUU Mufti untuk dengar kalau ada pembaharuan.   Nak debat kat sini pasal ni pun tak tahu apa yang akan dibentangkan nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 24-10-2024 10:20 AM
Nampaknya bahas RUU Mufti ni belum selesai.  
Tapi ada satu group tu dah declare menang sebab dia ki ...

Demokrasi partisan acuan birokrat bersandarkan majoriti mudah - ikut piawaian wesminster.

Seperti yg dikatakan pembentang, RUU sbg garis panduan penjawatan penjawat awam i.e. lantikan mufti wilayah.

Keutamaan kpd graduan Al-Azhar dan sebuku dgnnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2024 02:09 PM | Show all posts
Dzulqarnain replied at 25-10-2024 07:33 PM
Demokrasi partisan acuan birokrat bersandarkan majoriti mudah - ikut piawaian wesminster.

Seperti ...

RUU bukan sekadar garis panduan.  Ia adalah Akta sebab itu dibentang sebagai Rang Undang-Undang.  Kalau setakat garis panduan, JAIS ada banyak.  Dan akan ada penguatkuasaan atas sesuatu Akta.  Kalau seorang tu pilih untuk tak ikut geng sifat 20, adakah ini akan jadi satu jenayah?  Adakah Raja Perlis akan di nyah takhta sebab dia punya mufti athariyyah/hanabilah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2024 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 27-10-2024 02:09 PM
RUU bukan sekadar garis panduan.  Ia adalah Akta sebab itu dibentang sebagai Rang Undang-Undang.   ...

Ofkos mana² RUU berkenaan penjawatan jawatan awam dlm persekutuan tak melibatkan YDP Agong - hanya gomen servants (موظف حكومي). Malaysia tak sama dgn Brunei yg ada immunity (kekebalan royale) dan semua lantikan kabinet persekutuan dan setiap jawatan di Malaysia tak perlu persetujuan (veto YDPA) i.e. hanya ikut nasihat partisan (jawatan PM), ikut nasihat PM (jawatan kabinet) dan ikut nasihat ketua jabatan (jawatan awam).

Berkenaan silibus sekolah dan dasar pendidikan kebangsaan (persekutuan nasionalis), belum dibuat RUU lagi - masih sekular nasionalis. Ofkos bukan bidang kuasa mufti wilayah.

Pokoknya, RUU mufti wilayah ni perincian resume bakal penjawat awam tertinggi agama di WP.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2024 11:01 AM | Show all posts
RUU Mufti ditangguh.  Tidak pasti samada ditangguh sehingga sidang akan datang atau tangguh selama-lamanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.416539 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list