CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25572|Reply: 0

[Pulau Pinang] Polis tembak tayar van, enggan berhenti sekatan

[Copy link]
Post time 10-7-2024 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Polis tembak tayar van, enggan berhenti sekatan

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

10 Julai 2024 02:49pm








Pemandu van memecut laju kenderaannya selepas enggan berhenti dalam sekatan jalan raya yang dijalankan pada Rabu.




BAYAN LEPAS - Polis telah melepaskan satu das tembakan ke arah tayar sebuah van selepas pemandu enggan memberhentikan kenderaannya dalam sekatan jalan raya di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini pada pagi Rabu.

Sebelum kejadian, sepasukan polis trafik telah membuat Ops Perdagangan di lebuh raya tersebut pada jam 8 pagi.



Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, ketika menjalankan operasi, anggota mendapati sebuah van dalam keadaan mencurigakan sebelum cuba menahannya.

Bagaimanapun menurutnya, pemandu van enggan mematuhi arahan itu lalu memecut laju kenderaannya.

"Anggota polis telah mengejar kenderaan itu hingga ke Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas dan terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar hadapan van apabila suspek cuba melanggar anggota polis sebelum kenderaannya terbabas di bahu jalan.

"Susulan daripada itu, kita menahan pemandu van iaitu lelaki warga tempatan berusia 36 tahun di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau menambah, dalam insiden tersebut polis telah mengejar suspek sejauh lima kilometer.


Suapek ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.





"Insiden tersebut turut menyebabkan beberapa kemalangan melibatkan kenderaan lain yang diparkir di tepi jalan," katanya.

Kamarul menambah, siasatan awal mendapati, suspek tidak mempunyai lesen memandu dan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

"Ujian saringan air kencing suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine. Suspek juga mempunyai rekod dikehendaki bersabit dengan kes Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya pada tahun 2023 di daerah Barat Daya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 39 Akta Senjata 1960 kerana melepaskan tembakan di tempat awam," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.041414 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list