CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30870|Reply: 0

[Kedah] KPDN Kulim sita 222kg minyak masak peket disorok dalam stor

[Copy link]
Post time 8-7-2024 03:20 PM | Show all posts |Read mode
KPDN Kulim sita 222kg minyak masak peket disorok dalam stor

08 Julai 2024 02:55pmMasa membaca: 4 minit






KPDN Kulim menyita 222 kg minyak masak peket bersubsidi yang dipercayai ‘disorokkan’ di sebuah premis di Taman Makmur dekat Kulim, pada Ahad. Foto Facebook KPDN Kedah




ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kulim menyita 222 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi yang dipercayai ‘disorokkan’ di sebuah premis di Taman Makmur dekat Kulim, pada Ahad.

Pengarah KPDN Kedah Muhammad Nizam Jamaludin berkata, sepasukan anggota KPDN Kulim melakukan tindakan penguatkuasaan kira-kira 12 tengah hari terhadap premis yang didapati enggan menjual barang kawalan itu.



Beliau berkata, tindakan awal dilakukan dengan membuat uji beli melalui Op Samar dan mendapati tiada minyak masak peket satu kg dipamerkan di rak jualan.

"Setelah bertanya kepada seorang pekerja lelaki tempatan, anggota dimaklumkkan minyak masak peket satu kg di kedai runcit itu kehabisan stok. Pasukan kemudian menjalankan pemeriksaan lanjut dan menemukan sejumlah minyak masak peket disimpan di dalam stor.
"Anggota kemudian menyita minyak masak bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM555 itu untuk tindakan lanjut,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 16A (1) (a) Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] di sini pada Isnin.
Muhammad Nizam berkata, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat denda tidak melebihi RM2 juta, manakala kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta dan kes juga boleh disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) [Akta 613]. - Bernama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.129261 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list