CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17944|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK: Pusat pengundian ditutup, proses penjumlahan undi bermula

[Copy link]
Post time 6-7-2024 06:35 PM | Show all posts |Read mode
PRK: Pusat pengundian ditutup, proses penjumlahan undi bermula


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Julai 6, 2024 @ 6:10pm [email protected]




Penyelia Pusat Mengundi, Mohd Azmi Mat Husin menutup pintu pagar utama tepat jam 6 petang di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Jawi, sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N20 Sungai Bakap. - Foto NSTP/Danial Saad





NIBONG TEBAL: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir selepas semua sembilan pusat pengundian yang dibuka sejak 8 pagi tadi, secara rasmi ditutup jam 6 petang ini.

Sejurus selepas pusat pengundian ditutup, semua peti undi dari 65 saluran akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi iaitu Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi di sini.

Sebelum itu, sembilan pusat mengundi dibuka serentak pada 8 pagi tadi untuk memberi ruang kepada 39,151 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu kawasan itu hari ini.


Sembilan Pusat Mengundi ditutup jam 6 petang dan undi dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi PRK Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi. - Foto NSTP/Danial Saad

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merekodkan peratusan keluar mengundi bagi PRK DUN Sungai Bakap sebanyak 57.77 peratus setakat jam 4 petang tadi.

Menurut SPR, rekod kiraan terakhir bagi kadar peratusan keluar mengundi secara keseluruhan akan dimaklumkan ketika pengumuman kemenangan calon malam nanti.

Terdahulu, proses pengundian berlangsung dalam keadaan cuaca baik sepanjang hari ini selain lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Secara keseluruhan, 39,279 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 57 anggota polis, namun PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 2 Julai lalu, setelah SPR mengeluarkan 128 kertas undi pos.

PRK DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin dan bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.240147 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list