CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10325|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRK Sungai Bakap: Pengundi muda pilih datang awal

[Copy link]
Post time 6-7-2024 09:18 AM | Show all posts |Read mode
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda pilih datang awal

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

06 Julai 2024 08:58am








Muhammad Afiq (kiri), Muhammad Hafizuddin (tengah) dan Muhammad Aqil menunjukkan jari mereka yang dicelup dakwat biru selepas menunaikan tanggungjawab di SMK Bandar Tasek Mutiara pada pagi Sabtu.




SUNGAI BAKAP - Tidak mahu bersesak dan panas antara alasan tiga pengundi muda yang memilih untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebaik sahaja Pusat Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasek Mutiara di sini dibuka pada pagi Sabtu.

Muhammad Afiq Ismail, 22, berkata, dia memilih untuk datang awal kerana tidak mahu bersesak dengan orang lain seperti yang pernah dialami pada hari pengundi pilihan raya negeri (PRN) tahun lalu.



"Datang awal, selesai awal dan boleh balik awal.

"Alhamdulillah proses pengundian berjalan lancar, cuma ambil masa lebih kurang 10 minit sahaja," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Bagi Muhammad Hafizuddin Ramlee, 20, pula dia memilih untuk datang awal ke pusat pengundian berikutan perlu bekerja pada sebelah petang.

Dia yang kali kedua mengundi mengakui teruja untuk melaksanakan tanggungjawabnya bagi memilih wakil rakyat baharu untuk Sungai Bakap.

"Sat (sebentar) lagi kerja jam 1.30 petang, jadi saya pilih untuk datang awal mengundi pagi ini.

"Proses pengundian semuanya mudah dan lancar sahaja," katanya.




Turut berkongsi pengalaman Muhammad Aqil Ismail, 20, yang kali kedua mengundi dalam pilihan raya.

"Saja saya datang awal sebab tak nak berpanas.

"Lagipun bila sudah selesai tanggungjawab di sini pada sebelah pagi, banyak aktiviti lain boleh dibuat selepas ini," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.044286 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list