CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10223|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tiga warga asing dituduh culik lelaki Bangladesh

[Copy link]
Post time 5-7-2024 02:38 PM | Show all posts |Read mode
Tiga warga asing dituduh culik lelaki Bangladesh

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

05 Julai 2024 11:43am




Khang Khin Tun dibawa ke Mahkamah Majistret untuk dituduh bersama dua rakannya di atas pertuduhan menculik seorang lelaki Bangladesh pada Jun lalu. Gambar kanan: Dua lelaki Bangladesh dituduh secara bersama-sama menculik seorang lelaki senegara dengan meminta wang tebusan sebanyak RM200,000 pada Jun lalu.




GEORGE TOWN - Tiga warga asing termasuk seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret dekat sini di atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Bangladesh dalam kejadian pada Jun lalu.

Warga Bangladesh, Md Jalis Mahamud, 29, dan Md Mamun Hosen, 22, serta Khang Khin Tun, 26, yang merupakan warga Myanmar dituduh menculik mangsa di hadapan sebuah bank di pusat bandar di sini.



Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka dengan niat bersama-sama telah menculik Mohamad Kabir Husin dengan tujuan menuntut wang tebusan berjumlah 5 juta Bangladesh Taka, bersamaan dengan RM200,000.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Maybank Komtar pada jam 6.03 petang, 21 Jun lalu.

Ketiga-tiga mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 yang memperuntukkan hukuman penjara antara 30 sehingga 40 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh berikutan mereka tidak memahami pertuduhan yang dibacakan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Aqilah Khalil di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi.

Nadratun menetapkan 16 Julai depan untuk kehadiran jurubahasa Bangladesh dan Myanmar dan sebutan semula kes.




Sebelum ini, polis menahan lima lelaki warga Bangladesh bagi membantu siasatan kejadian culik melibatkan seorang lelaki senegara pada 21 Jun lalu.

Kesemua yang berusia 20 hingga 35 tahun ditahan dalam serbuan di Shah Alam, Selangor hasil maklumat awam dan risikan.

Polis yang menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 50-an yang bekerja sebagai tukang cuci di bandar raya ini memaklumkan bahawa dia menerima panggilan telefon daripada suspek meminta wang tebusan RM200,000 jika mahu anak lelakinya yang diculik selamat.

Bertindak daripada laporan itu dan siasatan dijalankan, polis menyerbu sebuah premis di Shah Alam dan menahan lima lelaki itu serta menyelamatkan mangsa.

Mangsa yang berusia lingkungan 20-an ditemukan selamat dan dipercayai baharu tiba di negara ini untuk mencari kerja.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.062342 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list