CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8009|Reply: 0

[Perlis] 4 lelaki ditahan cuba seludup daun ketum

[Copy link]
Post time 1-7-2024 06:08 PM | Show all posts |Read mode
4 lelaki ditahan cuba seludup daun ketum


Aizat Sharif[email protected]




Polis merampas 1,456 kilogram daun ketum yang bernilai RM60,240 selepas memberkas empat lelaki yang cuba menyeludup ke negara jiran dalam dua kejadian berbeza di Wang Kelian dan Chuping pada Sabtu lalu. FOTO IHSAN PDRM PERLIS





Padang Besar: Polis merampas 1,456 kilogram (kg) daun ketum yang dianggarkan bernilai RM60,240 selepas memberkas empat lelaki yang cuba menyeludup bahan terlarang berkenaan ke negara jiran dalam dua kejadian berbeza di Wang Kelian dan Chuping, di sini pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 9 pagi di Chuping, sepasukan anggota polis dari Cawangan Risik Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara dari Kulim sedang menjalankan operasi di sekitar kawasan sempadan Malaysia-Thailand di kawasan Bukit Kerengga membabitkan kegiatan penyeludupan daun ketum.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, berdasarkan maklumat risikan yang diperoleh, terdapat kenderaan pacuan empat jenis Mitsubishi Pajero dan sebuah motosikal jenis Suzuki Smash bernombor pendaftaran Thailand didapati berlegar dan berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan bukit itu.

"Anggota PGA yang membuat intipan berjaya memintas motosikal dan kenderaan pacuan empat roda itu dan menahan tiga lelaki termasuk penunggang motosikal berusia antara 19 hingga 35 tahun.

"Pemeriksaan selanjutnya berjaya menemui 27 guni putih berisi daun hijau disyaki daun ketum yang diletakkan di bahagian belakang Mitsubishi Pajero itu dengan anggaran berat sebanyak 810 kilogram (kg)," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek itu dipercayai terbabit dalam kegiatan penyeludupan daun ketum di kawasan berkenaan sejak awal tahun ini.

"Kita percaya daun ketum itu cuba diseludup keluar dari negara ini menggunakan 'laluan tikus' di sekitar sempadan Malaysia-Thailand di daerah Padang Besar untuk kegunaan negara jiran itu disebabkan permintaannya yang meningkat.

"Rampasan dianggarkan bernilai RM34,400 dan hasil semakan rekod lampau kita dapati dua daripada suspek berkenaan mempunyai tiga rekod membabitkan dadah.

"Namun ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek bagaimanapun negatif dadah dan kesemua suspek ditahan sehingga esok," katanya.

Dalam satu lagi serbuan, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan selepas polis menjumpai daun ketum seberat 646 kg dalam sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Wang Kelian.

Mohd Shokri berkata, serbuan dilakukan sekitar jam 12.30 tengah malam oleh polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar dan maklumat risikan pihaknya membawa mereka ke kampung berkenaan di mana pihaknya menemui 17 guni putih berisi daun hijau disyaki daun ketum di kawasan kebun kelapa di bahagian belakang rumah itu

"Siasatan awal dapati suspek dipercayai terbabit dalam kegiatan berkenaan sejak Mac lalu dan menjadikan 'laluan tikus' sempadan Malaysia-Thailand di sekitar Wang Kelian untuk menyeludup keluar daun ketum itu.

"Selain itu, kita percaya rumah yang diserbu itu adalah sebuah rumah terbiar yang dijadikan tempat pengumpulan daun ketum sebelum diseludup ke negara jiran," katanya.

Beliau berkata, nilai rampasan dalam serbuan itu adalah sekitar RM25,840 dan semakan rekod jenayah lampau juga mendapati suspek mempunyai dua rekod berkaitan dadah.

"Jumlah nilai dan rampasan bagi kedua-dua operasi adalah berjumlah RM60,240 bagi 1,456 kg daun ketum dan ia boleh digunakan oleh 10,500 orang pengguna.

"Bagi nilai pasaran semasa daun ketum adalah RM40 bagi satu kg manakala air ketum pula adalah RM30 seliter," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dimana jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.




Disiarkan pada: Julai 1, 2024 @ 5:36pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.192390 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list