CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26206|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Masalah air bukan berlaku di Nibong Tebal sahaja' - PM

[Copy link]
Post time 29-6-2024 09:38 PM | Show all posts |Read mode
'Masalah air bukan berlaku di Nibong Tebal sahaja' - PM

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

29 Jun 2024 06:15pm








Anwar berucap pada Karnival Tekun MADANI Pulau Pinang di Dewan SP Arena Seberang Jaya pada Sabtu. Foto Bernama




SEBERANG JAYA - Masalah bekalan air bukan hanya berlaku di Nibong Tebal termasuk Sungai Bakap sahaja tetapi beberapa negeri lain turut berdepan dengan isu yang sama.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak mengabaikan tanggungjawab dalam mengatasi masalah itu dan giat berusaha mencari penyelesaian tanpa mengira fahaman politik.


"Di Nibong Tebal kita akui memang ada berlaku masalah air, di Kedah juga ada masalah air malah di Kelantan dan Sabah juga berdepan masalah yang sama.
"Namun kita (kerajaan) cuba selesaikan. Dalam pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan (Datuk Nassuruddin Daud) dan beliau maklumkan pam (sekarang) tidak cukup tinggi (untuk sedut air), maka saya arahkan beli segera pam (baharu).

"Ini bukan soal politik tetapi ini soal rakyat," katanya ketika berucap pada Karnival Tekun Madani di SP Arena Seberang Jaya, di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Perak bagi membantu menyalurkan air di bahagian Utara Perak dan Seberang Perai Selatan.

“Di Pulau Pinang ini airnya tidak cukup...di Sungai Pinang tak ada, air laut tak boleh minum, Jadi kita berikhtiar dan cari penyelesaian.

“Saya telah bertemu dengan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah kemudian jumpa Menteri Besar Perak (Datuk Seri Saarani Mohamad) lalu Perak telah bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) ke Seberang Perai dengan peruntukan sebanyak RM4 bilion,” katanya.




Sebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengakui Pulau Pinang sedang berdepan cabaran air di beberapa kawasan tertentu, namun pada keseluruhannya beliau berkata, pembekalan air masih terjamin keselamatannya.

"Kita akui di Pulau Pinang (berdepan masalah air) disebabkan peningkatan ekonomi industri dalam beberapa tahun ini, kita memang menghadapi cabaran pembekalan yang mencukupi setiap masa.

"Ini kerana permintaan sudah meningkat dengan mendadak, lagi pun kita ada kadar tarif yang paling rendah dan kadar penggunaan yang paling tinggi dalam negara...jadi kita perlu memahami cabaran ini," katanya.

Pengerusi DAP Pulau Pinang itu berkata, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sudah pun melaksanakan lapan projek untuk memastikan bekalan air dapat dipulihkan di semua kawasan yang terkesan termasuk di sebahagian Sungai Bakap menjelang 2028.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.034651 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list