CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5645|Reply: 1

[Kedah] Imam rebah, meninggal dunia ketika sampaikan kuliah Maghrib

[Copy link]
Post time 27-6-2024 07:26 PM | Show all posts |Read mode
Imam rebah, meninggal dunia ketika sampaikan kuliah Maghrib

OlehROSHILA MURNI ROSLI

27 Jun 2024 06:45pm








Ismail meninggal dunia ketika menyampaikan kuliah agama di Masjid Al Falah, Kampung Bukit Nambua, Kuala Nerang.




PADANG TERAP - Seorang imam yang sedang menyampaikan kuliah agama tiba-tiba rebah dan meninggal dunia pada Rabu malam di Masjid Al Falah, Kampung Bukit Nambua, Kuala Nerang di sini.

Kejadian terbabit disaksikan oleh lebih 40 jemaah yang sedang mendengar kuliah disampaikannya.



Anaknya, Muhammad Faiz Helmi Ismail, 32, berkata, Allahyarham bapanya Ismail Md Taib, 75, sedang menyampaikan kuliah selepas selesai solat Maghrib kira-kira jam 8.30 malam.

“Ketika itu arwah ayah sedang mengajar sebelum suasana tiba-tiba terdiam dan sepi sebaik para jemaah melihat arwah yang duduk di ruang hadapan saf rebah ke kiri.
“Saya bersama ahli jemaah lain terus mendapatkan ayah dan pemeriksaan nadi mendapati arwah sudah tidak bernyawa lalu membawanya ke Hospital Kuala Nerang," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Menurutnya, doktor yang merawat kemudian mengesahkan ayahnya telah meninggal dunia.

Muhammad Faiz berkata, bapanya itu sering mengajar kitab di masjid berkenaan pada setiap malam Rabu.

"Sejak berhenti mengajar sekolah agama, arwah aktif mengajar kitab di mana-mana sahaja cuma sejak berusia 70-an ini arwah menumpukan perhatian di masjid itu sahaja dan surau berdekatan kerana masalah kesihatan.




"Kami reda dengan pemergian allahyarham apatah lagi beliau ‘pergi’ ketika menyampaikan ilmu agama," ujarnya.

Katanya, jenazah bapanya dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al Falah jam 11 pagi pada Khamis.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superitenden Mulkiaman Manzar mengesahkan menerima laporan kematian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2024 07:36 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.040413 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list