CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21828|Reply: 150

[Tempatan] KEMAS KINI: 'Saya agak terkejut, tidak masuk akal' - Norjuma. Norjuma Habib muncul di Kota Bharu selepas 4 waran tangkap dikeluarkan. KES: 4 mahkamah majistret keluarkan waran tangkap Norjuma Habib

[Copy link]
Post time 27-6-2024 04:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by antikorok at 26-7-2024 07:34 PM

UTAMA

4 mahkamah majistret keluarkan waran tangkap Norjuma Habib

Suraya Roslan
[email protected]



Norjuma Habib.


Kuala Lumpur: Empat Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed, kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes berkaitan lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat, tujuh tahun lalu.

Waran tangkap itu masing-masing dikeluarkan oleh Majistret Illi Marisqa Khalizan, Nurul Izzah Shaharuddin, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim selepas Norjuma dan penjamin iaitu adiknya, tidak muncul dalam kamar mahkamah walaupun nama dan kesnya disebut beberapa kali.

Ketika kesnya disebut di hadapan Illi Marisqan, Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan memohon waran tangkap selepas Norjuma tidak muncul selepas kesnya disebut sebanyak tiga kali.

"Sekarang sudah jam 11.21 pagi namun tertuduh, penjamin mahupun peguamnya tidak muncul dan saya memohon waran tangkap dikeluarkan," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 26, 29, 30 Julai serta 2 Ogos ini untuk sebutan waran tangkap.

Terdahulu, kelibat usahawan tudung berusia 44 tahun itu sempat dirakam oleh lensa kamera petugas media yang menunggunya seawal jam 8.30 pagi.

Norjuma dilihat hadir bersendirian memandu kereta hitam kira-kira jam 10.30 pagi, namun tidak memasuki petak parkir berhampiran kompleks mahkamah yang digunakan oleh orang awam.

Sebaliknya, usahawan selebriti itu terus meletakkan kenderaannya di tangga pintu utama kompleks menyebabkan pihak keselamatan mahkamah memintanya mengalihkan kenderaan ke tempat yang disediakan.

Norjuma kemudian berpatah balik ke keretanya sambil melambai tangan kepada petugas media sebelum dilihat beredar dari kompleks mahkamah.

Pada 25 April lalu, usahawan tudung itu mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat.

Mengikut pertuduhan pertama, bekas personaliti televisyen itu didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Afiq Ismail, 34, di premis perniagaan di Menara Atlan, Jalan Ampang, di sini, pada jam 8.43 malam, 21 Februari 2017.

Mengikut pertuduhan kedua, dia didakwa menyebabkan kecederaan dengan menendang betis kaki kiri seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram di sebuah pusat tuisyen di Bukit Damansara, di sini, pada jam 3 petang, 29 Mac 2018 lalu.

Bagi pertuduhan ketiga, dia dituduh menyebabkan kecederaan dengan cara menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada jam 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.

Tiga pertuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda mencecah RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi dua lagi kes mengkhianat, wanita itu didakwa merosakkan palang keluar masuk kenderaan dan CCTV milik sebuah kondominium, dengan anggaran kerugian berjumlah RM4,700 di Taman U-Thant, di sini, pada jam 7.44 dan 7.45 malam, 28 Julai 2023.

Kes dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua duanya, jika sabit kesalahan.

Disiarkan pada: Jun 27, 2024 @ 4:17pm


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ngkap-norjuma-habib

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2024 04:48 PM | Show all posts
TERKINI

Norjuma kena waran tangkap, hadir mahkamah sempat lambai tangan

Oleh NUZULSHAM SHAMSUDDIN
27 Jun 2024, 4:02 pm



Norjuma ketika hadir di lobi kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh SYAKIR RADIN/ KOSMO!


KUALA LUMPUR – Empat Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes berkaitan lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat.

Waran tangkap itu masing-masing dikeluarkan oleh Majistret Illi Marisqa Khalizan, Nurul Izzah Shaharuddin, Fatin Dayana Jalil dan Noorelynna Hanim Abd. Halim.


Ia selepas Norjuma dan penjamin iaitu adiknya tidak muncul dalam kamar mahkamah walaupun setelah kesnya disebut beberapa kali.

Terdahulu, kelibat bekas personaliti televisyen berusia 44 tahun itu sempat dirakam oleh lensa kamera petugas media yang menunggunya seawal pukul 8.30 pagi.

Norjuma dilihat hadir berseorangan memandu kereta mewah berwarna hitam kira-kira pukul 10.30 pagi, namun tidak memasuki petak parkir berhampiran kompleks mahkamah yang kebiasannya digunakan oleh orang awam.

Usahawan selebriti itu sebaliknya terus meletakkan kenderaan di tangga pintu utama kompleks itu menyebabkan pihak keselamatan mahkamah meminta beliau mengalihkannya ke tempat yang disediakan.

Norjuma kemudian berpatah balik ke keretanya sambil melambai tangan kepada petugas media sebelum dilihat beredar dari kompleks mahkamah.

Terdahulu ketika kesnya disebut di hadapan Illi Marisqa, Timbalan Pendakwa Raya Hamizah Hisan memohon waran tangkap dikeluarkan selepas Norjuma tidak muncul meskipun selepas kesnya disebut sebanyak tiga kali.

“Sekarang sudah pukul 11.21 pagi namun tertuduh, penjamin mahupun peguamnya tidak muncul dan saya memohon waran tangkap dikeluarkan kepadanya,” ujar beliau.


Justeru mahkamah kemudian menetapkan tarikh 26 Julai ini bagi sebutan waran tangkap.
Tarikh-tarikh lain bagi sebutan waran tangkap juga ditetapkan pada 29 dan 30 Julai serta 2 Ogos ini.

Pada 25 April lalu, usahawan tudung tersebut mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat,

Mengikut pertuduhan pertama, Norjuma didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Mohd. Afiq Ismail, 34, di premis perniagaan di Menara Atlan, Jalan Ampang di sini pada jam 8.43 malam, 21 Februari 2017.

Pertuduhan kedua, dia didakwa menyebabkan kecederaan dengan menendang betis kaki kiri seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram di sebuah pusat tuisyen di Bukit Damansara di sini pada jam 3 petang, 29 Mac 2018.

Bagi pertuduhan ketiga, dia dituduh menyebabkan kecederaan dengan cara menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada jam 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.

Tiga pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda mencecah RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Sementara itu, bagi dua lagi kes mengkhianat, wanita itu didakwa merosakkan palang keluar masuk kenderaan dan CCTV milik sebuah kondominium, dengan anggaran kerugian berjumlah RM4,700 di Taman U-Thant di sini, pada jam 7.44 dan 7.45 malam, 28 Julai 2023.

Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua duanya sekali. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... mpat-lambai-tangan/
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah xde payung ke?


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Shu tu kalau tak de sapa2 nk htr ke pakar sakit jiwa berkemungkinan besar jadi mcm jumanjik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Wat happened Jumaa..dulu iols beli jgk produk chuols sblm melingkup..sbb dulu chuols lawa sgt..tp sori tudung2 chuols low quality tp padan la ngn harga jd iols tak sambung beli dh
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
ntah la juma oiii…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-6-2024 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap, dlm bite ni, means die dtg la mahkhamah, tp parking mcm diva? Sebelum berlalu pergi kerana dihalau pakgad, die sempat melambai.. fuhhh...

Pastu balik smpi majistret panggai 3 kali nohhh...
Va va voom
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
I can fix her
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2024 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha dia blah gitu je
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Diva.. Hidup mengharapkan disanjung org/rakyat.. Tp sebaliknye terjadi... Dan berlaku...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 05:44 PM | Show all posts
ohh acik nih dah sampai court, tapi pastu kunun nak alihkan keta. terus balik rumah?



Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jasmeen at 27-6-2024 06:29 PM

kepelikan betul dia ni

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali pi mahkamah naik la grabcar. Susah nak parking dik oii..katanya kaya tapi kenapa tak hire driver?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
I pelik betul kenapa Juma ni jadi sampai macam ni.. memang dia psyco ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts

Dia hengat dia Vincenzo kah

Edited by wikedsaikel at 27-6-2024 06:55 PM

“Usahawan selebriti itu sebaliknya terus meletakkan kenderaan di tangga pintu utama kompleks itu menyebabkan pihak keselamatan mahkamah meminta beliau mengalihkannya ke tempat yang disediakan.“

Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kereta mewah apa tu sheols pakai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2024 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata bini sb kan. Awat tk panggil sb tolong
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnt dia blh kata dia dah pergi tp disbbkan guard suruh ubah kereta parking tpt lain dia terpaksa blk je sbb parking full. Yg salah guard
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling diva sgt....elok tangkap n sumbat trus dlm wad mental...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2024 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah den nk jatuh hukum den sendiri..lps mcm2 peel dan berita den bc psl minachi ni .den yakin minachi mmg skrew kepala dah tercabut jatuh plak dlm lubang taik..mmg al gila la jwbnya.. kehkehkeh

Kecantikkan yg ko bangga2 pun dh pudar minachi...sayang sejuta kali syg..sbb tu cubalah rendahkan ego..jgn terlalu mendabik dada sgt.. akhirnya ko juga yg malu..tp malu ke?? Mcm x jer... harktuihh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.147170 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list