CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11550|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pegawai tular tunjuk ves polis bakal kena tindakan tatatertib

[Copy link]
Post time 27-6-2024 01:37 AM | Show all posts |Read mode
Pegawai tular tunjuk ves polis bakal kena tindakan tatatertib

27 Jun 2024 12:06am











GEORGE TOWN - Polis mengesahkan lelaki menunjukkan ves keselamatan polis dalam rakaman video seperti yang tular di media sosial baru-baru ini adalah seorang pegawai kanan polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner, Razlam Ab Hamid berkata, pegawai tersebut kini sedang dalam proses dikenakan tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).



"Pada 26 Jun pukul 9 pagi, polis Daerah Timur Laut telah terkesan satu rakaman klip video dimuatkan pemilik akaun Tiktok Tommy.Tan2 memaparkan kejadian seorang individu dipercayai di bawah pengaruh alkohol menunjukkan ves polis kepada orang awam.

"Hasil semakan mendapati kejadian berlaku di Jalan Air Itam dan individu terbabit merupakan seorang pegawai kanan polis yang sedang dalam proses tindakan tatatertib jabatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rakaman sebuah video berdurasi enam saat dimuat naik di aplikasi TikTok tiga hari lepas, memaparkan seorang lelaki tidak memakai baju dipercayai dalam keadaan mabuk menunjukkan ves polis kepada pekerja kontraktor jalan di Jalan Air Itam.

Sementara itu, dalam satu lagi kes yang tular berhubung dakwaan kematian di sebuah perumahan polis, Razlam berkata, kejadian disahkan berlaku pada 18 Mac lepas di perumahan polis di Georgetown.

Beliau berkata, polis terkesan klip video berdurasi dua minit 41 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @satees_urimai pukul 6.30 petang semalam dengan mendakwa kononnya kes itu tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada polis.

"Semakan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 18 Mac dan siasatan pihak polis di tempat kejadian tidak menjumpai sebarang kesan akibat daripada perbuatan jenayah.




"Bedah siasat yang dijalankan oleh Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) juga mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan susulan terjatuh dari tempat tinggi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya kes masih dalam siasatan dan mengunggu laporan bedah siasat serta kimia. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.038256 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list