CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2924|Reply: 0

[Pulau Pinang] Amanah tumpu kempen di kawasan Sungai Duri - Mohamad

[Copy link]
Post time 26-6-2024 07:05 PM | Show all posts |Read mode
Amanah tumpu kempen di kawasan Sungai Duri - Mohamad

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

26 Jun 2024 06:00pm








Mohamad (dua dari kanan) menunjukkan bakatnya membuat biskut pada Program Jom Masak Sihat Citarasa Peladang, di Tasek Cempedak, pada Rabu.




SUNGAI BAKAP - Jentera Parti Amanah Negara (Amanah) memberi tumpuan berkempen di kawasan Sungai Duri untuk meraih sokongan pengundi untuk calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin.

Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, selain merayu undi dari rumah ke rumah, jentera Amanah juga giat menjalankan kempen serta ceramah kelompok dan aktiviti bersama masyarakat.



Menurutnya, tumpuan diberikan di Sungai Duri kerana ia arahan parti berikutan kawasan itu mempunyai ramai pengundi Melayu.
"Alhamdulillah, setakat ini kempen berjalan dengan lancar dengan kerjasama jitu dari semua jentera Kerajaan Perpaduan.
"Setakat ini saya tidak boleh meramalkan lagi (kemenangan) kerana ini baru hari ketiga, namun kita melihat respon yang baik dan sokongan orang ramai kepada calon PH," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Jom Masak Sihat Citarasa Peladang, di Tasek Cempedak, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohamad berharap orang ramai bukan sahaja memilih calon yang tepat malah keluar beramai-ramai bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada 6 Julai nanti.

"Kita berharap peratusan keluar mengundi pada PRK Sungai Bakap kali ini tinggi,"tambahnya lagi.

Dalam pertandingan dua penjuru PRK DUN Sungai Bakap, Joohari bakal berentap dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail yang merupakan bekas Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap.




PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff (Pas) pada 24 Mei lalu.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.032702 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list