CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1529|Reply: 0

[Perlis] Jumlah rumah rosak akibat ribut di Perlis meningkat kepada 114 rumah

[Copy link]
Post time 24-6-2024 06:32 PM | Show all posts |Read mode
Jumlah rumah rosak akibat ribut di Perlis meningkat kepada 114 rumah


BERNAMA - Jun 24, 2024 @ 5:11pm






Anggota Angkatan Pertahanan Awam membantu memotong dahan pokok yang tumbang akibat ribut. Foto FB APM Perlis




KANGAR: Bilangan rumah terjejas akibat kejadian ribut yang berlaku semalam dan Jumaat lalu di Perlis meningkat kepada 114 berdasarkan rekod dikemas kini Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) setakat jam 3.20 petang ini berbanding 107 malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, berkata jumlah terkini rumah yang mengalami kerosakan dengan kebanyakannya rosak pada bahagian bumbung selepas diterbangkan angin kuat semalam adalah sebanyak 103, manakala 11 lagi membabitkan kejadian pada Jumaat lalu.

"Kawasan terlibat antaranya Kariah Behor Mentaloon, Kariah Bunga Emas, Kariah Padang Besar Kurung Anai, Kariah Chemumar, Kariah Tambun Tulang, Kariah Pauh Sanglang, Kariah Batu 5 dan Kariah Kampung Chantik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan kejadian ribut semalam berlaku kira-kira jam 2 pagi, manakala Jumaat lalu kira-kira jam 7 pagi.

Mohd Nazim berkata, kediaman yang mengalami kerosakan teruk akan dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberikan bantuan oleh MAIPs, manakala kerosakan kecil dibantu JKM.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli menyeru mangsa ribut yang belum membuat laporan polis berhubung kerosakan rumah masing-masing segera berbuat demikian untuk memudahkan agensi berkaitan memberikan bantuan sewajarnya.

"(Dari segi bantuan awal kerajaan negeri kepada mangsa ribut itu) semua wakil rakyat saya arahkan supaya turun (ke lokasi kejadian) untuk memberikan bantuan makanan kepada mangsa yang terlibat," katanya sambil menambah daerah Padang Besar, Kangar dan Arau terbabit dalam kejadian ribut berkenaan. – BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.049066 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list