CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3548|Reply: 0

[Pulau Pinang] Rocky Din terharu, sedia rakam semula lagu ikonik 'Marilah Mengundi'

[Copy link]
Post time 23-6-2024 03:39 PM | Show all posts |Read mode
Rocky Din terharu, sedia rakam semula lagu ikonik 'Marilah Mengundi'


BERNAMA



Seniman era 60an Rocky Din atau nama sebenarnya, Mohd Hashim Sharif.




Butterworth: Seniman era 60-an, Rocky Din atau nama sebenarnya Mohd Hashim Sharif, meluahkan perasaan gembira dan terharu, apabila lagu ikoniknya terutama ketika musim pilihan raya, 'Marilah Mengundi', bakal dirakam semula untuk diberikan nafas baharu.

Rocky, 75, berkata, beliau bersedia untuk merakam semula lagu yang popular di tanah air pada bila-bila masa, susulan jemputan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil kerana lirik dan melodinya sentiasa diingati beliau, malah juga rakyat Malaysia sehingga kini.

"Pencipta lagu itu, Johari Salleh memberi saya masa dua minggu untuk berlatih dan sewaktu saya merakam lagu itu dahulu, saya cuma memerlukan 10 minit sahaja.

"Saya berbesar hati dengan undangan ini (merakam semula) dan setiap kali waktu mengundi, saya rasa seronok bila lagu ini menjadi fenomena semula," katanya kepada media selepas menerima bantuan Ziarah Seni Madani Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) daripada Fahmi, di sini, semalam.

Rocky Din yang sebelum ini pernah diserang angin ahmar empat tahun lalu berkata, keadaan kesihatannya bertambah baik meskipun terpaksa berkerusi roda untuk bergerak.

"Alhamdulillah, dengan kesihatan yang semakin baik, saya masih boleh meneruskan aktiviti seni dan menyanyi menghiburkan orang ramai pada setiap Jumaat hingga Ahad, di sebuah restoran di sini," katanya.

Lagu Marilah Mengundi nyanyian Rocky Din, mula diputarkan sejak 1978 setiap kali menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) dan masih popular sehingga kini.

Sementara itu, Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi akan meminta RTM menjemput Rocky Din bagi rakaman semula lagu itu, bagi mengembalikan semangat keluar mengundi pada musim pilihan raya termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Bakap, pada 6 Julai.

"Harapan saya generasi baharu, pengundi dan anak-anak muda akan dapat mendengar olahan baharu lagu ini, agar ia terus menjadi halwa telinga dan pencetus kepada orang ramai untuk keluar mengundi bagi menunaikan kewajipan mereka," katanya.

Terdahulu, Fahmi turut menyampaikan sumbangan tabung kasih @ Hawana kepada tiga petugas media yang sedang diuji dengan masalah kesihatan di Pulau Pinang.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj, Ketua Pegawai Eksekutif Finas Datuk Azmir Saifuddin Mutalib dan Presiden Kelab Media Mutiara Pulau Pinang Iskandar Othman.



Disiarkan pada: Jun 23, 2024 @ 3:07pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.238816 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list