CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6479|Reply: 0

[Pulau Pinang] Cikgu Joohari tekad bawa Sungai Bakap kembali ke pangkuan PH

[Copy link]
Post time 22-6-2024 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Cikgu Joohari tekad bawa Sungai Bakap kembali ke pangkuan PH


Oleh Nur Izzati Mohamad - Jun 22, 2024 @ 12:57pm [email protected]




Calon Kerajaan Perpaduan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin bersama pemimpin Kerajaan Perpaduan selepas pengumuman calon di Dewan Serbaguna Sungai Jawi hari ini. - Foto BERNAMA





NIBONG TEBAL: Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin, 60, yang mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, beriltizam untuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang menerusi mandat pengundi kawasan itu pada 6 Julai ini.

Bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara yang mesra dengan panggilan Cikgu Joohari itu, berkata beliau percaya hasrat mengembalikan semula kerusi Sungai Bakap kepada PH akan dapat direalisasikan melalui sokongan jentera Kerajaan Perpaduan.

"Saya percaya kita (PH) akan kembali ke DUN melalui kerja kuat yang kita sedang laksanakan, apatah lagi matlamat saya pada masa ini mahu mengutamakan masalah yang membelenggu penduduk yang memerlukan perhatian segera.

"Ini adalah aspirasi yang akan diutamakan saya berikutan isu prasarana sering menjadi masalah kepada masyarakat kita," katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Jawi, di sini, hari ini.

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Joohari dan Perikatan Nasional (PN) yang diwakili bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail, 56.

Mengulas lanjut, Joohari berkata, sepanjang kempen beliau mahu menampilkan politik berakhlak tanpa memburukkan mana-mana pihak.

"Saya mempraktikkan tiga 'A' iaitu akhlak, akademik dan anak muda di samping damai di mana saya akan cuba pastikan pada peringkat ini kita usaha untuk melaksanakan kempen politik berakhlak.

"Pendidikan juga amat penting, maka saya ingin menyeru buat anak muda terutamanya supaya usah menerima sebarang berita bulat-bulat.

"Contohnya, kita bercakap sehingga satu jam setengah, tetapi konteks dalam 30 hingga 40 saat di mana bahagian yang ada kelemahan itu yang diperbesarkan menyebabkan membangkitkan rasa marah, bukannya membina pemikiran manusia. Itu kita kena jaga," katanya.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei lalu, sejumlah 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh mengundi awal dan 6 Julai sebagai hari mengundi.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.036359 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list