CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5795|Reply: 0

[Perlis] Pesara, petani bersyukur bantuan BUDI MADANI

[Copy link]
Post time 17-6-2024 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Pesara, petani bersyukur bantuan BUDI MADANI


BERNAMA - Jun 17, 2024 @ 9:42am



Pendaftaran BUDI MADANI dibuka mulai 28 Mei lalu dan tiada tarikh tutup untuk permohonan yang boleh dibuat menerusi https:budimadani.gov.my. - BERNAMA/FOTO HIASAN




ARAU: Pelaksanaan BUDI MADANI dengan pemberian RM200 sebulan kepada golongan sasar selepas penyasaran semula subsidi diesel menunjukkan kerajaan tidak lepas tangan membiarkan rakyat mendepani sendiri peningkatan kos sara hidup pada masa ini.

Seorang pesara, Nasarudin Noh, 51, dari Pauh, dekat sini, berkata meskipun ada sesetengah pihak beranggapan RM200 itu sedikit, namun baginya, jumlah itu patut disyukuri rakyat dibandingkan sekiranya tiada langsung apa-apa bantuan daripada kerajaan.

"Walaupun harga diesel meningkat, kerajaan memberikan bantuan RM200 kepada golongan yang menggunakan diesel untuk kegunaan harian. Pendapat saya, setiap bulan dapat RM200 sudah dikira cukup baik berbanding tak dapat apa-apa bantuan," katanya.

Nasarudin yang mengambil upah menjahit barangan perabot seperti sofa dan kerusi kulit, berkata beliau banyak menggunakan kenderaan pikapnya yang berenjin diesel untuk menghantar barang pelanggan selain ke Perak setiap hujung minggu atas urusan keluarga.

"Selepas penyasaran subsidi diesel, masih ada baki sedikit minyak dalam tangki kenderaan saya ini," katanya turut memaklumkan permohonannya untuk mendapatkan Budi Individu telah diluluskan.

Nasarudin positif dengan penyasaran subsidi itu kerana langkah berkenaan dilihatnya demi kepentingan negara dan rakyat bagi jangka panjang, selain yakin kerajaan pastinya memperbanyakkan lagi Jualan Rahmah dan Jualan Agro MADNI untuk membantu rakyat.

Berkongsi pendapat sama, petani dari Simpang Empat, dekat sini, yang hanya ingin dikenali sebagai Hasbullah, 39, berkata beliau sudah memohon Budi Agri-Komoditi dan bantuan RM200 sebulan itu sangat dinantikannya kerana sedikit sebanyak boleh membantu mengisi diesel lorinya.

"Saya banyak guna lori untuk angkut barang-barang buat bendang seperti baja. Jadi saya memerlukan bantuan RM200 ini, walaupun sekarang (selepas penyasaran subsidi diesel) isi penuh tangki RM230, saya tetap bersyukur dengan bantuan ini, sedikit sebanyak ringankan beban," katanya.

Hasbullah berkata, pemberian bantuan RM200 sebulan menerusi BUDI MADANI menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kesusahan rakyat menghadapi peningkatan harga diesel dan berharap kerajaan dapat menambah bantuan itu kepada RM300 sebulan pada masa akan datang.

Kerajaan pada 9 Jun lalu mengumumkan harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter, iaitu harga pasaran tanpa subsidi bermula 10 Jun.

Berikutan itu, bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan mengurangkan beban golongan memerlukan, kerajaan memperkenalkan inisiatif BUDI MADANI yang menyediakan bantuan tunai RM200 sebulan.

Pendaftaran untuk BUDI MADANI dibuka mulai 28 Mei lalu dan tiada tarikh tutup untuk permohonan yang boleh dibuat menerusi https:budimadani.gov.my.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.185515 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list