CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8249|Reply: 0

[Pulau Pinang] KDN utamakan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat

[Copy link]
Post time 16-6-2024 01:40 PM | Show all posts |Read mode
KDN utamakan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat

BERNAMA



Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengadakan sidang akhbar pada Majlis Bersama Masyarakat India Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Sungai Bakap di sini hari ini. FOTO BERNAMA




Nibong Tebal: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi keutamaan untuk menyelesaikan kes permohonan kewarganegaraan melibatkan kategori anak tidak sah taraf dan anak angkat di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ia berikutan permohonan dua kategori tersebut adalah paling tinggi setakat ini dan diikuti dengan kategori anak yang lahir di luar negara daripada ibu warganegara tetapi bapanya bukan warganegara.

"Apabila saya melihat data permohonan, didapati anak yang lahir di luar ikatan perkahwinan adalah tinggi. Jadi, saya fikir anak-anak ini tidak boleh dilupakan atas kesalahan ibu bapa.

"Jadi, kita proses segera, kerana itu kita letakkan tahun lepas petunjuk prestasi utama (KPI) (selesai) 14,000 kes dan kita capai tepat pada Disember 2023. Sekarang angka itu sudah mencecah lebih 15,000.

"Sasaran tahun lepas sudah dicapai, paling tidak kita kekalkan momentum sama tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat India Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Sungai Bakap di sini hari ini.

Saifuddin Nasution juga memaklumkan permohonan kewarganegaraan di bawah kategori naturalisasi dan warganegara tempatan yang berkahwin dengan warga asing adalah sangat sedikit.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan akan membantu menyelesaikan isu kewarganegaraan yang dihadapi penduduk di Sungai Bakap khususnya masyarakat kaum India sekiranya calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Dr. Joohari Ariffin dipilih sebagai wakil rakyat pada 6 Julai nanti.

Sementara itu, mengenai siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, beliau mengesahkan polis telah terima aduan mengenai kebocoran dokumen dan siasatan polis masih berjalan.

Ditanya sama ada kerajaan akan menyekat platform Telegram susulan kebocoran laporan siasatan kes tersebut, beliau menyerahkan kepada Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil untuk menjawabnya.

Sebelum ini, tular di media sosial tangkap layar yang didakwa sebagai laporan siasatan membabitkan kes pembunuhan kanak-kanak itu.



Disiarkan pada: Jun 16, 2024 @ 1:32pm





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25834 Replies : 276
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 2728 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188502 Replies : 8469
‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-takut beritahu saya’ - Shuib
Raline‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-t
Views : 6162 Replies : 36
Harith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Isu Komen ‘Ham’ Persenda Nabi
RalineHarith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Is
Views : 15526 Replies : 73
Rakan sekelas cemburu, depan Thalita pura-pura baik
RalineRakan sekelas cemburu, depan Thalita pur
Views : 6410 Replies : 29
50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi
maklukpenggoda50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengara
Views : 7772 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.051851 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list