CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10999|Reply: 1

[Kedah] Dua beradik maut selepas motosikal ditunggang bertembung kereta

[Copy link]
Post time 16-6-2024 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Dua beradik maut selepas motosikal ditunggang bertembung kereta


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Jun 16, 2024 @ 8:03am [email protected]




Kereta remuk dalam kemalangan dengan sebuah motosikal yang ditunggangi dua beradik yang maut di Jalan Teroi Titi Lahar, Yan, malam tadi. NSTP/Ihsan Pembaca





YAN: Dua beradik maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Teroi Titi Lahar, di sini, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Zulqarnain Mohd Delmi, 22, dan adiknya, Ahmad Firashi Ilyas, 11, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera dalaman badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji, berkata pemandu kereta terbabit yang berusia 61 tahun pula cedera di bahagian dada.

Katanya, nahas berlaku jam 8.30 malam ketika motosikal yang ditunggangi dua beradik itu dari arah Yan menghala ke Gurun manakala pemandu kereta terbabit dari arah bertentangan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu warga emas terbabit dipercayai hendak memotong dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggangi dua beradik itu.

"Akibatnya, penunggang dan pembonceng motosikal tercampak ke atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mereka kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Yan untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shahnaz berkata, kedua-dua beradik itu menetap di Kampung Charuk Tala, Mukim Jeneri, Sik.

Katanya, Muhammad Zulqarnain bekerja sendiri manakala Ahmad Firashi Ilyas masih belajar.

"Pemandu kereta pula beralamat di Perumahan Awam 2, Pantai Murni, di sini dan bekerja di kedai pajak gadai," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2024 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25834 Replies : 276
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 2728 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188502 Replies : 8469
‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-takut beritahu saya’ - Shuib
Raline‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-t
Views : 6162 Replies : 36
Harith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Isu Komen ‘Ham’ Persenda Nabi
RalineHarith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Is
Views : 15526 Replies : 73
Rakan sekelas cemburu, depan Thalita pura-pura baik
RalineRakan sekelas cemburu, depan Thalita pur
Views : 6410 Replies : 29
50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi
maklukpenggoda50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengara
Views : 7772 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.148783 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list