CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4067|Reply: 0

[Sarawak] Rakyat bertanggungjawab pastikan projek kerajaan siap dengan lancar

[Copy link]
Post time 13-6-2024 10:52 PM | Show all posts |Read mode


Ahmad Denney (kiri) dan Henry Sum pada Mesyuarat Pembangunan JPS di Lawas, hari ini.

LAWAS: Rakyat mempunyai tanggungjawab dalam memastikan setiap projek kerajaan yang dilaksanakan untuk manfaat mereka dapat disiapkan dengan lancar.

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong berkata, langkah itu penting dalam memastikan segala usaha keras wakil rakyat untuk mendapatkan projek yang amat diperlukan rakyat itu memberi impak kepada semua.

“Bukan mudah untuk kita berusaha mendapatkan peruntukan daripada kerajaan ini dan begitu juga bukan mudah untuk kerajaan meluluskan kerana bukan kita sahaja yang minta projek, seluruh Sarawak dan seluruh Malaysia.

“Projek yang sudahpun dipersetujui diluluskan di kawasan kita seharusnya menjadi tugas dan tanggungjawab pihak penduduk dan rakyat di kawasan tertentu untuk memastikan ia terlaksana dengan baik,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Pembangunan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah JPS Sarawak Datu Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi.

Jelas Henry Sum lagi, sejumlah RM250 juta telah diluluskan kerajaan persekutuan melalui JPS Sarawak bagi melaksanakan projek jalan menghubungkan Ba'Kelalan dengan Long Bawan di Kalimantan, Indonesia; Jalan Kampung Murud Suang ke Long Tengoa serta dua jambatan.

Henry Sum turut berterima kasih dan yakin dengan kemampuan JPS Sarawak sebagai agensi pelaksana yang mampu menyiapkan projek tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.438333 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list