CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2081|Reply: 0

[Kedah] Mada mohon laksana pembenihan awan

[Copy link]
Post time 13-6-2024 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Mada mohon laksana pembenihan awan

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

13 Jun 2024 04:11pm




Kapasiti Empangan Pedu setakat ini adalah sebanyak 56.89 peratus. Foto Mada




ALOR SETAR - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) telah memohon kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) untuk melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi meningkatkan paras air di empangannya.

Agensi tersebut dalam satu kenyataan berkata, kedudukan terkini takungan semasa air di Empangan Muda berada pada paras penyusutan iaitu sebanyak 26.08 peratus namun tidak akan menjejaskan aktiviti penanaman padi dan kegunaan domestik di Kawasan Muda.



"Orang ramai tidak perlu panik mengenai berita kedudukan air di Empangan Muda berada pada paras bahaya kerana penyusutan takungan air Empangan Muda ini masih berada di dalam keadaan normal.

"Paras ini masih mampu memenuhi keperluan pengairan bagi menjayakan penanaman padi Musim 1/2024 termasuk permintaan keperluan domestik dan industri di kawasan Muda," katanya pada Khamis.

Jelas Mada, agensi itu juga akan memaksimumkan penggunaan stesen pam guna semula dan mengoptimumkan penggunaan air dari aliran yang tidak terkawal bagi menjimatkan pelepasan air dari empangan.

Menurutnya, bagi tujuan pengekalan keseimbangan biodiversiti, ekologi dan juga takungan tasik, Mada mengambil tindakan bagi menutup Terowong Saiong sekiranya penyusutan takungan empangan mencapai 25,000 ekar kaki atau 20 peratus.

"Berdasarkan kepada status keseluruhan kedudukan semasa takungan air di ketiga-tiga buah empangan Mada adalah sebanyak 58.89 peratus iaitu kapasiti takungan air di Empangan Pedu sebanyak 56.89 peratus, Empangan Muda 26.08 peratus dan Empangan Ahning sebanyak 85.16 peratus.

"Empangan Mada berfungsi sebagai kawasan takungan air bagi tujuan pengairan penanaman padi dan kegunaan domestik khususnya di utara negeri Kedah dan selatan Negeri Perlis," ujarnya lagi.




Tambah Mada, pelepasan air bagi tujuan pengairan penanaman padi dan bekalan air bagi kegunaan domestik adalah melalui Empangan Pedu dan Empangan Ahning sahaja.

Menurutnya lagi, Empangan Muda berfungsi sebagai Kolam Takungan Pengimbang (Water Balancing Reservoir) di mana takungan air akan disalurkan ke Empangan Pedu melalui Terowong Saiong.

"Pihak Mada tidak akan melepaskan air melalui Empangan Muda sekiranya mendapat permohonan oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah," jelasnya.





Mada mohon laksana pembenihan awam - Sinar Harian



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.117636 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list