CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5671|Reply: 0

[Pulau Pinang] PH umum Joohari sebagai calon PRK DUN Sungai Bakap

[Copy link]
Post time 13-6-2024 12:15 AM | Show all posts |Read mode
PH umum Joohari sebagai calon PRK DUN Sungai Bakap


Oleh Nur Izzati Mohamad - Jun 12, 2024 @ 11:57pm [email protected]




Calon PH bagi PRK DUN Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin





NIBONG TEBAL: Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Pengarah Institut Aminudin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, 6 Julai depan.

Pemilihan itu diumumkan Pengarah Pilihan Raya Perpaduan yang juga Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam Majlis Pengumuman Calon Perpaduan PRK N20 Sungai Bakap di pekarangan tapak parkir sebuah pasar raya di Bandar Tasek Mutiara, di sini, malam ini.

Rafizi beekata, Joohari yang lahir di Permatang Pasir Seberang Perai, di sini membesar dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Bakap dipilih menjadi calon selepas direstui oleh semua pimpinan kerajaan Perpaduan.

"Calon yang kita tampil ini adalah kena dengan kehendak (rakyat) yang pertama adalah anak tempatan yang boleh jaga orang di sini.

"Kedua orang cerdik pandai dan ketiga calon yang bukan sahaja jaga tanggungjawab buat hanya untuk aku (diri sendiri) tetapi untuk anak-anak aku (generasi akan datang) sebab itu kita perlukan calon ini (mewakili Perpaduan untuk bertanding)," katanya.

Pada majlis itu, Joohari turut menandatangani surat Aku Janji Calon Perpaduan bagi mewakili gabungan berkenaan untuk bertanding menawan semula Sungai Bakap yang pernah menjadi milik PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Hadir sama dalam majlis pengumuman calon itu Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Chow Kon Yeow; Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO , Datuk Seri Ahmad Maslan; Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof; Ketua Wanita Keadilan, Fadhlina Sidek dan barisan pimpinan negeri yang lain.

Untuk rekod, Joohari, 60, yang menetap di Taman Ilmu, di sini adalah bekas guru dan pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau begitu aktif dalam kerja amal dan kemasyarakatan hingga dikenali sebahagian ibu bapa dan pelajar, guru serta penjawat awam di sekitar DUN Sungai Bakap.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis lalu menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini.

Tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 22 Jun dan 2 Julai.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.

Pada PRN Pulau Pinang Ogos tahun lalu, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon PH, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.081232 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list