CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1683|Reply: 0

[Sarawak] KKR laksana projek pembinaan, naik taraf 25 sekolah di Sarawak

[Copy link]
Post time 12-6-2024 08:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-6-2024 12:24 PM



Ahmad (tiga, kiri) melawat projek Sekolah Kebangsaan Jalan Haji Baki di Padawan dekat Kuching, hari ini. - Gambar BERNAMA

KUCHING: Tiga daripada 25 sekolah yang dirancang dibina di Sarawak dijangka dapat disiapkan pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Haji Baki dan SK Padawan di sini serta Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sadong di Simunjan.

“Ada (projek) pembinaan sekolah baharu dan ada yang dinaik taraf. Kementerian Kerja Raya (KKR) sebagai kementerian pelaksana sementara Kementerian Pendidikan sebagai kementerian pengguna,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek pembinaan bangunan SK Jalan Haji Baki di sini.

Menurutnya SK Jalan Haji Baki sebelum ini disenaraikan sebagai sekolah daif dengan bangunan asalnya berstruktur kayu.

Ia mula dibina semula pada 14 April 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai ini dengan kos bernilai RM18.18 juta. - BERNAMA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.048764 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list