CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1598|Reply: 0

[Sarawak] Projek padi di Sri Aman, Sarawak sedia samai pembiayaan kerajaan persekutuan dengan nisbah satu kepada satu

[Copy link]
Post time 12-6-2024 08:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 12-6-2024 12:19 PM



Abang Johari bersama yang lain ketika melawat pameran pada majlis perasmian Persidangan Serantau Kedua mengenai Pemuliharaan Agrobiodiversiti dan Penggunaan Lestari (RAC2) 2024 di Kuching, hari ini.

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedia menyamai apa-apa pembiayaan daripada kerajaan persekutuan berdasarkan nisbah satu kepada satu bagi membiayai projek penanaman padi di Sri Aman.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kira-kira RM1 bilion diperlukan untuk membangunkan 10,000 hektar melibatkan kawasan Stumbin, Lingga dan Tanjung Birat.

Menurutnya, Sarawak masih dalam perbincangan untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan persekutuan dan beliau telah membincangkan perkara itu dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Saya minta jika boleh kerajaan persekutuan turut menyumbang untuk projek ini dan beliau (Datuk Seri Mohamad Sabu) kata disebabkan jumlahnya, beliau perlu merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

“Jadi kami masih dalam perbincangan susulan tentang perkara ini. Namun, kami bersedia untuk memberi peruntukan berdasarkan nisbah satu kepada satu.

“Jika anda beri RM500 juta, kami beri RM500 juta, dan jika RM1 bilion maka saya beri RM1 bilion kerana boleh juga digunakan untuk meneroka kemungkinan kawasan lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Serantau Kedua mengenai Pemuliharaan Agrobiodiversiti dan Penggunaan Lestari (RAC2) 2024 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, pelaburan yang besar diperlukan untuk membiayai projek itu berikutan saiz kawasan yang terlibat.

Apatah lagi katanya, kerajaan Sarawak turut mempertimbangkan untuk menggunakan teknologi bagi meningkatkan pengeluaran padi.

“Daripada 10,000 hektar tanah, Sarawak dapat menghasilkan 240,000 metrik tan padi setahun. Ini bermakna Sarawak akan mempunyai pengeluaran padi yang mencukupi.
“Jika Sarawak mempunyai pengeluaran yang mencukupi, maka kita tidak perlu lagi mengimport beras dari negara luar,” katanya.

Terdahulu, Abang Johari dalam ucapannya memaklumkan kerajaan Sarawak akan memperuntukkan RM500 juta untuk sistem pengairan padi pada tahun depan dan tambahan RM500 juta pada 2026.

Selain itu katanya, kerajaan turut merancang untuk membangunkan lebih banyak kawasan pengeluaran padi di Limbang dan Lawas.

“Dengan rancangan ini, kami mungkin dapat menghasilkan 400,000 hingga 500,000 metrik tan padi setahun pada masa hadapan.

“(Dan) melalui hasil ini, Sarawak boleh kongsikan pengeluaran padinya dengan rakan-rakan di Semenanjung Malaysia dan juga eksport ke negara luar,” jelasnya.

Turut hadir ialah Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, dua Timbalannya Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Datuk Martin Ben dan Pengerusi MARDI Dr Azman Ismail.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.052285 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list