CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2184|Reply: 0

[Sarawak] Rundingan MA63 tunjuk keberhasilan sistem federalisme, hubungan baik antara kerajaan

[Copy link]
Post time 12-6-2024 06:38 PM | Show all posts |Read mode


FAZZRUDIN

KUCHING: Rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak serta Sabah menggambarkan kejayaan sistem federalisme juga hubungan baik antara pihak-pihak terlibat.

Perkara itu ditegaskan Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman sambil mengatakan permintaan serta tuntutan dibuat di bawah MA63 tidak seharusnya dilihat sebagai mencabar kuasa kerajaan atau sistem persekutuan.

"Kemampuan untuk berkolaborasi dan menyelesaikan isu-isu serta bukan sahaja permintaan dari Sarawak dan Sabah adalah bukti keberhasilan sistem federalisme dan hubungan baik di antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri," katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Beliau berkata semua perkara yang dituntut adalah hak yang sewajarnya berdasarkan perjanjian asal dan Perlembagaan Persekutuan.

"Semua perkara yang dituntut adalah hak yang sewajarnya berdasarkan perjanjian asal dan Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang pernah ditegaskan oleh arwah Pehin Sri Adenen Satem sebelum ini iaitu “no more, no less” (tidak lebih, tidak kurang)," katanya.

Fazzrudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong berkata perkara yang dituntut oleh Sabah dan Sarawak selama ini bukanlah perkara-perkara yang baharu.

Apatah lagi ujarnya tuntutan-tuntutan tersebut adalah berdasar dan berlandaskan kepada apa yang termaktub di dalam MA63 yang merupakan perjanjian yang dimeterai bagi penubuhan Malaysia.

"Tanpa perjanjian tersebut tidak mungkin wujudnya sebuah negara bernama Malaysia," tegasnya.

Beliau menambah, "Kita juga harus sedar bahawa Perjanjian Malaysia 1963 telahpun dirujuk sebagai instrumen Perlembagaan di dalam Perlembagaan Persekutuan."
Ini ujarnya  membuktikan betapa pentingnya Perjanjian ini dalam menentukan hak dan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

"Oleh kerana itu, permintaan dan tuntutan daripada Sarawak tidak seharusnya menimbulkan cabaran terhadap sistem Persekutuan (Federalism); sebaliknya, setiap isu atau hak-hak yang dituntut adalah selaras dengan hak-hak Sarawak di bawah Perlembagaan Persekutuan.

"Ia diperkukuhkan lagi dengan adanya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang diperjuangkan melalui diplomasi dan perundingan yang baik dan harmoni di antara kedua-dua  Kerajaan Negeri dan Persekutuan," katanya.

Fazzrudin menambah keupayaan Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama dengan baik bersama Kerajaan Negeri dan bukanlah kelemahan. Oleh itu, tiada keresahan timbul mengenai wujudnya cabaran-cabaran ini.

"Keberanian Sarawak untuk bersuara dalam menuntut hak mereka sebenarnya dipengaruhi oleh sikap terbuka pihak Kerajaan Persekutuan dalam mendengar isu-isu Kerajaan Negeri, yang berbeza dengan sebelum ini, bukanlah kerana kelemahan Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim pada Isnin mengatakan sistem federalisme di Malaysia telah dicabar oleh tuntutan daripada kerajaan-kerajaan negeri termasuk Sarawak.

Dalam kenyataannya yang dimuat naik dalam akaun Facebooknya, Hassan mendakwa tindakan Sarawak mencabar kuasa kerajaan persekutuan.

Mengenai soal minyak dan penubuhan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) Fazzrudin berkata perkara itu juga berlandaskan kepada undang-undang yang ada pada Sarawak seperti Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958 dan Ordinan Pengagihan Gas (DGO) 2016 .

"Maka, tuntutan berkaitan dengannya adalah hak Sarawak yang sah di sisi undang undang.

"Begitu juga dalam soal pendidikan dan penggunaan bahasa Inggeris di Sarawak. Perkara ini sudahpun termaktub dalam Perenggan 17 InterGovernmental Committee Report (IGC) 1962 sejak dari dulu lagi," tegasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.051164 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list