CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2314|Reply: 0

[Kedah] MoF, LADA beri keterangan kepada PAC berhubung isu Kampung Tok Senik

[Copy link]
Post time 12-6-2024 06:26 PM | Show all posts |Read mode
MoF, LADA beri keterangan kepada PAC berhubung isu Kampung Tok Senik


Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Jun 12, 2024 @ 6:07pm[email protected]




Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin





ALOR SETAR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selesai mendengar keterangan dan penjelasan pihak terbabit dalam Prosiding Tindakan Susulan Kementerian Kewangan dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang diadakan di Langkawi, hari ini.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, berkata dalam prosiding itu, pihaknya memanggil Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan) Kementerian Kewangan (MoF), Datuk Dr Shahrazat Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Jelasnya, kedua-dua pihak terbabit memberi penjelasan terhadap syor Laporan PAC pada pada 19 Mac 2024 berhubung isu hartanah Hotel St Regis dan Kampung Tok Senik, yang kedua-duanya di Langkawi.

"Dalam prosiding lebih tiga jam bermula jam 10 pagi di Langkawi, MoF dan LADA telah memberikan keterangan serta penjelasan yang terperinci bagi lima syor yang dikemukakan dalam Laporan PAC berkenaan.

"Mengenai isu hartanah Hotel St Regis dan Kampung Tok Senik, PAC mengambil maklum setiap penjelasan dan keterangan yang diberikan saksi terhadap kedua-dua isu berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, pihaknya juga mengambil maklum usaha positif yang diambil LADA dan MoF bagi memastikan Langkawi terus menjadi destinasi geo-pelancongan (geotourism) utama di rantau ini, sekali gus menjadi tumpuan pelancong dunia.

Katanya, LADA juga telah mengatur satu lawatan kerja sehari setengah bagi membolehkan PAC meninjau dan melihat sendiri tindakan susulan yang diambil terhadap syor berkenaan yang dikemukakan.

"PAC akan memberikan ulasan pada setiap maklum balas MoF dan LADA terhadap lima syor berkenaan termasuk dengan isu Hotel St Regis serta Kampung Tok Senik.

"Laporan Tindakan Susulan ini dijangka dibentangkan di Parlimen pada 27 Jun ini dalam Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat yang akan bersidang bermula 24 Jun dan orang ramai boleh membaca laporan ini di www.parlimen.gov.my/pac," katanya.

Beliau berkata, pihaknya dijangka akan membentangkan tujuh lagi laporan membabitkan tiga PAC serta empat Laporan Tindakan Susulan termasuk Laporan Tindakan Susulan LADA pada sidang berkenaan.

Semalam, Ahli PAC yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin memaklumkan, MoF dalam proses melelong Projek Perkampungan Tok Senik selepas pusat peranginan itu didakwa mengalami kerugian besar berjumlah RM250 juta.

Beliau turut melakukan tinjauan ke pusat peranginan Melayu Tradisional berkenaan bersama ahli PAC yang lain bagi meninjau masalah dihadapi pusat peranginan itu.

Sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 mendedahkan LADA dikesan gagal mengutip hasil pajakan Projek Perkampungan Tok Senik sebanyak RM8.30 juta sejak 2003.

Sehubungan itu, PAC mengemukakan lima syornya pada Mac lalu kepada MOF dan LADA untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu pajakan projek Perkampungan Tok Senik Resort serta Hotel St Regis Langkawi.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.049275 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list