CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2343|Reply: 0

[Kedah] 'Tak sanggup tengok anak yang dulu lincah kini terlantar sakit akibat kanser otak'

[Copy link]
Post time 12-6-2024 01:36 PM | Show all posts |Read mode
'Tak sanggup tengok anak yang dulu lincah kini terlantar sakit akibat kanser otak'


Oleh Zuliaty Zulkiffli - Jun 12, 2024 @ 1:17pm [email protected]




Masliza mencuci kahak pada saluran tiub di leher anaknya, Nurul Ain Nabila Mohd Zamri, 9, yang kini terlantar akibat kanser otak. - Foto ZULIATY ZULKIFFLI





ALOR SETAR: "Saya tak sanggup tengok keadaan anak saya yang kesihatannya makin merosot setiap hari dan doktor syorkan ambil ubat dari luar negara berharga RM5,000 sebulan," kata Masliza Omar.

Masliza, 41, ibu kepada Nurul Ain Nabila Mohd Zamri, sembilan tahun, yang disahkan menghidap kanser otak pada Mac lalu.

Sebelum ini, beliau berkata, keadaan Nurul Ain Nabila sihat seperti kanak-kanak lain sebelum penglihatan matanya semakin kabur dan ketika itu doktor hanya mengesyaki ada ketumbuhan di kepalanya.

"Namun kesihatannya semakin merosot pada Mac lalu selepas pulih daripada demam campak dan tiba-tiba tidak sedarkan diri.

"Disebabkan cemas melihat keadaan anak ketika itu, saya dan suami membawanya ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, untuk mendapatkan rawatan segera.

"Ketika itu anak saya kerap muntah dan sakit kepala menyebabkan doktor melakukan ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) dan mendapati terdapat cecair penuh dalam kepalanya dan ketumbuhan itu sudah menutup saluran otak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Hijau, Mukim Derang, Pokok Sena, di sini hari ini.

Masliza berkata, doktor terpaksa membuang cecair itu segera dan pembedahan membuang ketumbuhan itu dilakukan pada 10 Mac lalu untuk mengelak ia semakin merebak.

Katanya, sampel ketumbuhan itu kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) sebelum doktor mengesahkan ia adalah kanser otak.

"Saya berdoa siang dan malam supaya anak saya kembali sihat seperti dulu malah turut menyediakan bilik yang selesa buatnya," katanya.

Masliza berkata, anak keempat daripada lima beradik itu kini terlantar dan sudah tidak boleh bercakap seperti dulu.

Disebabkan itu, katanya, dia dan suaminya terpaksa bergilir menjaga anak mereka kerana bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini jika dibiarkan seorang diri dalam bilik.

"Dia nak menyebut mak pun suara tak keluar, cuma bibirnya saja bergerak dan saya juga perlu sentiasa mencuci kahak melalui saluran tiub di lehernya," katanya.

Masliza berkata, suaminya, Mohd Zamri Abd Kadir, 39, yang bekerja sebagai buruh pula adakalanya tidak dapat bekerja kerana bergilir menjaga Nurul Ain Nabila selain membawanya ke hospital.

Katanya, disebabkan itu mata pencarian terjejas walaupun mempunyai empat anak berusia lima hingga 18 tahun yang masih belajar.

"Apabila anak masuk wad, saya atau suami perlukan perbelanjaan lebih untuk tinggal di hospital. Nurul Ain juga mempunyai penyakit sawan sejak berusia setahun lebih dan sejak itu, setiap kali demam, sawan itu akan datang lagi setiap lapan bulan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivor Malaysia (CSM), Zuraini Kamal menziarahi kanak-kanak itu dan memberi sokongan kepada ibu bapa kanak-kanak itu supaya bersabar selain menyampaikan sedikit sumbangan untuk kegunaan mereka.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.140534 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list